InfoKeluarga

Calon SPM saksi bapa m4ut dirempuh kereta depan sekolah

MACHANG – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hilang semangat untuk menduduki peperiksaan kertas Bahasa Melayu pagi tadi apabila melihat bapanya maut dirempuh sebuah kereta di Kilometer 6, Jalan Machang-Pasir Puteh selepas menghantarnya ke sekolah pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Zainudin Ab.Samat, 56, yang merupakan seorang pemandu lori meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menghantar anaknya di pintu pagar sekolah tersebut dan terus melintas dari kiri ke kanan jalan untuk kembali ke lorinya.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, sebuah kenderaan jenis Volvo dipercayai gagal mengelak hingga berlaku pelanggaran sehingga menyebabkan mangsa tercampak dan terjatuh di lokasi kemalangan.

Siasatan lanjut turut mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa kerana melintas jalan di kawasan bukan lintasan pejalan kaki.

“Mangsa tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Menurutnya, pemandu kereta Volvo berusia 54 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan saringan ujian kencing juga negatif.

“Anak mangsa dipercayai tidak meneruskan hasrat untuk menduduki peperiksaan SPM pagi tadi selepas kejadian yang menimpa bapanya,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : ondeondepetang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button