Hiburan

Cara Zara Zya Bersedekah Tarik Perhatian Ramai, “Terbaiklah Kakak Artis Kita”

Umum sedia kenal dengan pelakon wanita popular Zara Zya ini. Turut bergelar usahawan, personaliti ceria pelakon ini sering menjadi perhatian umum bila di sosial media.

Malah Zara Zya juga cukup terkenal dengan bakat lakonannya yang sangat menjadi dan selamba. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Zara Zya memberikan seorang pekerja di sebuah pasaraya telah mencuri perhatian ramai.

 

Cara sedekah Zara Zya yang melekatkan wang kertas ke baju lelaki OKU yang bekerja di pasaraya berkenaan telah membuatkan ramai memujinya.

Berikut adalah perkongsian rakaman memaparkan cara Zara Zya bersedekah yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik pelakon ini:

Video

@zarazyaofficial Hi awak yang istimewa.. #ZaraPrihatin #ZaraZyaOfficial ♬ suara asli – ???? ?????  – ??.???? ????? 

Dengan gaya selamba dan hanya berselipar, cara Zara Zya bersedekah ini memang menjadi contoh baik kepada orang lain.

Malah perbuatannya itu turut membuatkan si penerima terkejut.

 

Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 107 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

@zarazyaofficial  #ZaraZyaOfficial ♬ original sound – yans_16

“Terbaiklah kakak artis kita bagi sedekah dekat orang”

Screenshot at Jun 20 08-24-03

“Sukanya tengok sis Zara pakai tudung…Suka tengok watak yang dia lakonkan”

Screenshot at Jun 20 08-23-37

“Wah Zara pun dah start share rezeki camni…Alhamdulillah pasti ramai yang dapat merasa”

 

“Yeay dah ramai orang tiru cara brother tu. Semoga dimewahkan rezeki kalian semua”

 

 

SHUIB HANTAR SAMPAI KERETA, NETIZEN NAMPAK SEAKAN UCAP ‘WAALAIKUMSALAM CINTA’ – INI RESPON ZARA ZYA

Baru-baru ini, pelakon Zara Zya ada berkongsi video di Tik Tok dimana ia memperlihatkan pelawak Shuib Sepahtu menghantarnya ke kereta.

Gara-gara perkongsian video tersebut, ramai peminat yang teruja dan menyokong serta merestui jika kedua-dua mereka benar-benar bercinta.

“Shuib dan Zara macam pinang dibelah dua, akak suka kalau mereka jadi pasangan dunia akhirat sebab dua-dua baik.” –

“Doa jodoh mereka berdua, dua-dua hebat.” –

“Cuba tengok mulut Shuib part last tu… Walaikumsalam cinta,” komen-komen netizen.

Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin ketika diminta mengulas video tular tersebut, meminta peminat mendoakan yang terbaik dan sentiasa berfikiran positif.

“Bila ada video atau gambar saya dengan lelaki ini, terus nak jodohkan. Saya tak kisah nak komen apa, asalkan benda yang baik-baik.

Tapi harap dapat fikir yang positif saja sebab tak nak la nanti ada pihak lain pula terasa hati. Shuib pun ada kehidupannya sendiri, sama juga dengan saya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun itu berkata, dia mahu memberi tumpuan pada kerjayanya dan tetap akan berkongsi berita baik mengenai dirinya kepada umum.

“Doakan yang baik-baik untuk saya. Doakan saya bertemu dengan jodoh yang baik. Insya-Allah kalau ada berita gembira ke apa, saya akan kongsi.

Buat masa ini pun, saya hanya fokus pada diri sendiri, perniagaan dan karier seni. Mana tahu kalau tiba-tiba saya bertemu jodoh terus kahwin,” ujar Zara yang dipetik sebagai kepada mStar.

Sebelum ini, Zara pernah dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Alha Alfa disebabkan kerap bersama usahawan terkenal itu.

Bagaimanapun, pelakon drama siri Risik Pada Hati mengakui dia sememangnya rapat dengan Alha namun tidak pernah bercinta seperti yang didakwa.

 

Sumber:HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *