Semasa

Dah Nak Habis Licin Nasi Kukus Tiba Tiba Dia Jumpa Satu Benda Lembik. Bila Diusik Apa Yg Dia Nampak Buat Dia Rasa NakMuntah

TAK pernah terfikir lauk ayam yang dimakan sebenarnya kepala tikus!

Seorang pelanggan yang selesai menjamu selera di sebuah restoran nasi kukus ‘kembang tekak’ apabila meneliti apa yang telah dimakannya.

Isu melibatkan kebersihan restoran sejak kebelakangan ini nampaknya semakin menjadi-jadi dan ‘lauk kepala tikus’ ini hanya menambah kebimbangan pelanggan.

Menerusi video berdurasi 11 saat itu, dapat diperhatikan bagaimana pelanggan di restoran tersebut sedang menggaul baki nasi di atas kertas pembungkus bersama lauk yang didakwa sebagai tikus.

Bagaimanapun tikus itu tidak dapat dilihat dengan jelas kerana sudah bersalut kuah, tetapi dapat dilihat bulu panjang seperti misai dalam video yang dikongsi selain teksturnya nampak kenyal ketika disentuh pelanggan itu.

Rata-rata netizen tertanya-tanya bagaimana pelanggan itu tidak sedar adanya benda asing itu di dalam makanannya.

Menerusi ruangan kapsyen dalam hantaran asal di TikTok, video itu difahamkan dirakam di sebuah restoran nasi kukus di Sabah.

Pemilik video itu juga mendakwa restoran terbabit telah ditutup oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Netizen meminta maklumat yang lebih jelas daripada individu yang berkongsi posting tersebut agar dapat dijadikan peringatan untuk kedai makan lain dan pelanggan tidak pergi ke restoran itu.

“Ya Allah, teruknya kedai ni kat mana ni.

“Admin tolong bagi maklumat yang lebih jelas.

“Dekat mana ni tolong la beritahu supaya boleh elak,” kata sebilangan warga maya.

Seorang warga maya juga membuat tekaan dengan mengatakan mungkin tikus itu terjatuh ke dalam kawah masakan tanpa pengetahuan pemilik atau tukang masak restoran.

“Mungkin tikus jatuh dalam lauk atau ada yang sabotaj tak mustahil,” ujar warga maya itu.

Di ruangan komen, rata-rata warganet akui kembang tekak dengan penemuan haiwan perosak seperti itu di dalam makanan. Apatah lagi bila pelanggan tersebut sudah habis makan baru perasan.

Lebih membimbangkan apabila ia adalah kepala tikus sahaja dan ini membuatkan ramai tertanya-tanya di manakah badan haiwan tersebut. Berikut adalah reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen tersebut:

“Macam mana ada kepala? Mereka buat lauk ke tikus tu”

“Tapi mana pegi badan dia?”

“Jadi Mickey Mouse lah pelanggan yang makan”

VIDEO:

Difahamkan pelanggan yang menemui kepala tikus dalam nasi kukus ini membelinya dari sebuah kedai makan di Sabah. Malah dikatakan restoran nasi kukus tersebut sudah pun ditutup oleh Kementerian kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *