Info

“Saya Pesan Ira Agar Terus Sabar” – Syamsul Yusof Jawab Dakwaan Ira Hamil, Anggap Perkahwinan Sebagai Jalan Taubat

Berikutan kehadirannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini bagi tujuan permohonan nusyuz terhadap isteri Puteri Sarah Liyana, Syamsul Yusof turut ditanyakan soalan cepumas oleh media.

Ketika disoal mengenai kebenaran isteri keduanya iaitu Ira Kazar yang dikatakan sedang hamil, ini jawapan pengarah filem Mat Kilau itu.

Itu fitnah, saya dapat tahu pun dari kenalan saya dan kalau mengandung pun, Alhamdulillah. Tapi saya nak jelaskan Ira tidak hamil dan kalau ada berita baik saya akan beritahu.

Pohon Syamsul kepada netizen agar mendoakan dia menjadi suami yang lebih baik dan adil buat kedua-dua isterinya.

Doakan sahaja yang baik-baik. Saya pun sentiasa berdoa supaya saya jadi seorang suami yang baik dan adil. Orang kata kahwin ni pun salah satu jalan taubat juga.

Tambahnya lagi, dia sedar Ira Kazar kini sedang menjadi sasaran kec4man netizen gara-gara hal ini namun sentiasa berpesan kepada isteri agar bersabar dan menganggap apa yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri.

Semestinya sesiapa sahaja yang berada di tempat saya, dia atau Sarah sekali pun akan terkesan. Tapi saya sentiasa pesan pada Ira agar bersabar sebab ini ujian pasti ada hikmah. Jadi terus bersabar dan solat

Terdahulu, Syamsul hadir ke mahkamah rendah syariah bagi memfailkan permohonan nusyuz terhadap  Puteri Sarah.

Permohonan itu dibuat selepas pengarah itu enggan menceraikan Puteri Sarah pada 7 Mac lalu sebelum mahkamah memerintahkan agar kedua-dua belah pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Sumber: Beautifulnara

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button