Kemenangan Elly Mazlein atau biasa disapa Kak Lina Pom Pom untuk kategori Pengacara TV Paling Popular telah membuat gamat Istana Budaya apabila dia yang julung kali naik ke atas pentas untuk mengambil trofi, menangis teresak-esak.
Gagal kawal emosi. Kak Lina yang cantik mengenakan busana berwarna putih tidak dapat menahan sebak sehingga perlu ditenangkan barisan penyampai radio Hot FM iaitu, Fara Fauzana, AG, Johan dan KJ sebelum memberikan ucapan.
Dia yang berjaya mengawal emosi telah mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak henti memberikan sokongan kepadanya.
Ternyata, anugerah tersebut merupakan anugerah yang diterima selepas lebih dari 20 tahun dalan industri seni.
Selepas 25 tahun dalam industri. Menjengah ke Instagram Kak Lina, dia meluahkan rasa begitu bersyukur diatas pengiktirafan tersebut kerana tidak pernah menyangka akan menggengam trofi di anugerah berprestij ini.
Ujarnya, impian selama 25 tahun dalam industri seni akhirnya tercapai dan berjanji akan terus berusaha selagi masih diterima.
Dia yang sememangnya terkenal dengan imej kelakar dan kerap bergurau diatas pentas sempat berseloroh dengan mengatakan yang dirinya ‘nombor syatuuu’ sama seperti tagline yang kerap diucapkan apabila berada di pentas untuk mengacara.
Memang nombor Syatuu. Kemenangan pengacara program Big Stage ini telah disambut dengan gembira oleh para peminat dan juga rakan selebriti kerana merasakan dia layak untuk mendapat penghargaan tersebut.
Mereka juga mengucapkan tahniah diatas kejayaan Kak Lina dan sentiasa mendoakan agar selebriti itu terus menjadi diri sendiri apabila berada di atas pentas.
Tak pernah mengundi, tapi kalini mengundi demi Kak Lina.
Sumber : ohmy medla
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.