Info

“Dia cakap dia taknak kahwin saya selagi..” Baru sahaja bertunang, sekali Anju dedah syarat tunang sebelum berkahwin buat ramai tergamam

“Tunang cakap kalau selagi tak turun sampai 55kg, dia tak nak kahwin lagi guys ?… Jauh lagi perjalanannya bang. Harap sabar la ye,” itulah tulis pelakon Zarina Anjoulie yang mesra disapa Anju secara berseloroh.

Zarina yang kini bahagia harmoni dengan tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey itu tampil berkongsi perkembangan terkininya di laman Instagram.

Perkongsian tersebut pantas menerima reaksi wargamaya yang terhibur dengan apa yang dimuat naik ibu kepada seorang cahaya mata itu. Sementara itu di Insta Stories, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul turut bersyukur atas kehidupannya kini.

“Ramai cakap ‘Anju you look happier now.’ Alhamdulillah yes I am indeed happy. I found someone who can love me for ME. And can accept my flaws. Martin pun happy dapat ‘kakak ekspres’,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Zarina dan Khazrul Elzey selamat bertunang pada Januari lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga Mac depan.

“Tunang cakap kalau selagi tak turun sampai 55kg, dia tak nak kahwin lagi guys ?… Jauh lagi perjalanannya bang. Harap sabar la ye,” itulah tulis pelakon Zarina Anjoulie yang mesra disapa Anju secara berseloroh.

Anju, Elzey sudah bertunang

Kuala Lumpur : Pelakon Zarina Anjoulie selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Datuk Seri Khazrul Elzey sekali gus mengakhiri spekulasi mereka sudah berkahwin secara rahsia.

 Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju juga berkongsi beberapa foto sekitar majlis pertunangannya itu, hari ini.

“Syukur Alhamdulillah untuk hari ini….thank you so much for today. Loving my new family (menyayangi keluarga baru saya),”tulisnya.

Zarina turut berkongsi klip video majlis yang berlangsung itu di Tik Tok.

“Finally, you are half mine. Thank you Allah for everything (Akhirnya, awak kini separuh menjadi milik saya. Terima kasih Allah atas segalanya),”kongsinya.

Zarina kelihatan sangat gembira sambil  menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisnya. Perkongsian Zarina itu turut mendapat perhatian dari pengikutnya dan rakan artis yang turut mengucapkan tahniah serta mendoakan hubungan mereka akan ke jenjang pelamin.

Terdahulu, Zarina dan kekasihnya itu kerap memuat naik video kemesraan mereka di TikTok dan Instagram sejak kebelakangan ini. Malah, panggilan mama papa antara mereka turut menimbulkan kemusykilan sama ada Zarina dan kekasihnya itu sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia.

Sumber: cerita netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *