Info

Dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia maut kemaIangan kereta rempuh treIer

MARAN – Dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka melanggar belakang treler di Kilometer 142.8 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini hari ini.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Muhammad Nur Izzuddin Mohd Razali,21, dan penumpang hadapan Siti Fairuz Adnan,28.

   

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 2.55 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.

           

  

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Pekan telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 24 Februari 2022.
.
.
MAKLUMAT KEJADIAN KEMALANGAN ANGGOTA APM PAHANG

i)Tarikh/Masa Kejadian
24/02/2022 @ 1440HRS

iii)Kawasan/Tempat Kejadian :
143 Arah Barat, Kuantan – Kuala Lumpur

MAKLUMAT MANGSA
1. Nama : Muhammad Nur Izzuddin Bin Mohd Razali ( Meninggal Dunia )
Umur : 21 Tahun
Jantina : Lelaki

2. Nama : Siti Fairuz Binti Adnan ( Meninggal Dunia )
Umur : 28 Tahun
Jantina : Perempuan

3. Nama : Nurulain Zufardliyana Binti Mat Daud. ( Cedera Parah )
Umur : 34 Tahun
Jantina : Perempuan

Pihak BOMBA dan Hospital bergegas ke lokasi dan telah mengesahkan 2 orang (Muhammad Nur Izzuddin Bin Mohd Razali & Siti Fairuz Binti Adnan ) daripada mangsa yang terlibat telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang daripada mereka cedera parah.

Kedua-dua jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Jengka dan mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjutan.

Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Bagi yang cedera parah diberikan kesembuhan segera. Aamiin.

  

Sumber : balikbilik

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button