Uncategorized

Enot tampil dedah kenapa minta bantuan perubatan selepas jatuh dalam bilik air. Dia sendiri malu dan segan tapi terpaksa

Pelakon dan pelawak, Enot, 44, mengakui tidak mempunyai pilihan dan terpaksa merayu memohon bantuan daripada rakan-rakan artis secara peribadi apabila kehilangan sumber pendapatan selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam tandas, Isnin lalu.

Kejadian itu menyebabkan tempurung lututnya pecah dan patah sekali gus menyebabkan Enot tidak dapat bekerja selama beberapa bulan termasuk terpaksa membatalkan tawaran kerja.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah tidak menyangka perkongsian itu dimuat naik di media sosial oleh rakan artis.

Keadaan Enot sekarang selepas dikejarkan ke hospital buat ramai risau

“Saya sebenarnya malu untuk meminta kerana bimbang dikatakan cuba mengambil kesempatan dan dipandang serong masyarakat.

“Namun, saya tiada pilihan kerana tidak boleh bekerja untuk tempoh tiga bulan. Saya terpaksa membatalkan tawaran lakonan dengan keadaan begini.

Saya harap tidak ada pihak yang salah anggap dan menuduh saya meminta-minta,” katanya.

Enot yang menjual sambal dan biskut bagi mencari pendapatan tambahan baru 20 hari berpindah ke Melaka untuk mencari peluang memulakan perniagaan di tempat baharu.

Terdahulu, penyampai radio dan pengacara, Sharifah Shahira memohon orang ramai memberikan sumbangan kepada Enot yang mengalami kecederaan itu.

Menerusi perkongsian yang sama, Shahira turut memaklumkan Enot bakal menjalani pembedahan tulang belakangnya yang terkena saraf.

Enot berkata, tulang belakangnya juga bermasalah kerana terkena saraf dan berkemungkinan perlu dibedah.

“Buat masa ini, doktor mahu saya pantau dulu. Jika dalam tempoh lima hari lagi saya masih rasa kebas-kebas, barulah doktor periksa dan tentukan sama ada perlu dibedah atau tidak,” katanya.

Enot berkata, sudah lima hingga enam kali dia terjatuh dalam bilik air sebelum ini tetapi tidak cedera teruk, melainkan insiden terbaharu ini.

Sumber: HMETRO ONLINE.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button