Hiburan

Fad Bocey Letak Jawatan Jadi Deejay HotFM. Ini Kata Kata Fad Selepas Rasmi Tidak Menjadi Deejay HOTFM

Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Fad Bocey yang mengendalikan segmen Hot Squad mengundurkan diri daripada stesen radio itu, semalam.

Fad berkata, sepanjang dua tahun berkhidmat di Hot FM sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan stesen radio itu.

“Terima kasih untuk sokongan dua tahun saya di sini, saya mengundurkan diri dulu dari Hot FM.

“Terima kasih juga buat Seelan Paul (Ketua Pegawai Eksekutif, ntv7) untuk peluang ini.

“Maaf kalau sepanjang ke udara ada salah dan silap daripada saya. Terima kasih kepada semua yang menyokong. Semoga yang baik-baik untuk kalian,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Sementara itu, penyampai Fizi Ali yang juga rakan gandingan Fad di segmen Hot Squad turut mendoakan agar pelawak itu terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

“Terima kasih sahabat untuk pengalaman beberapa bulan kerja dengan anda. Harap anda akan terus terbang lagi tinggi. Doa sahabat daripada jauh,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya.

Pihak wartawan dari Harian Metro cuba menghubungi Fad bagi mendapatkan komen berhubung pengundurannya dengan stesen radio itu, namun panggilan dan mesej yang dihantar tidak dibalas.

Sumber : HMETRO ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *