Info

Baru bergelar suami, pelakon Fadlan Hazim buka mulut tentang keluarga sebelah isteri.

DALAM kegembiraan bergelar suami kepada Aiya Mukhamedsalova, pelakon Fadlan Hazim turut meluahkan rasa sedih apabila keluarga isteri dari Kazakhstan tidak dapat menghadiri majlis pernikahan mereka.

Memandangkan keluarga mentua perlu menguruskan beberapa perkara penting, Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 31, berkata majlis resepsi yang dirancang juga terpaksa ditangguhkan pada Oktober depan bagi membolehkan mereka semua hadir.

“Memang sedih sebab keluarga isteri tidak dapat datang. Tetapi benda yang wajib perlu diteruskan. Syukur semuanya berjalan lancar.

fadlan 3

“Bukan mudah nak kumpul semua ahli keluarga isteri untuk datang ke sini (Kuala Lumpur). Jadi sebab itu majlis resepsi yang dirancang bulan ini pun terpaksa ditangguhkan,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Fadlan sah bergelar suami kepada Aiya dengan sekali lafaz pada Ahad dalam majlis serba ringkas berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pasangan ini dinikah oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Fairudz Saderi.

Bagaimanapun, majlis berkenaan turut disaksikan oleh keluarga Aiya menerusi sesi panggilan video.

“Keluarga dia sana happy kami sudah bernikah.

“Kami tidak merancang untuk adakan majlis resepsi di sana. Tetapi pastinya kami akan balik ke sana nanti,” ujarnya.

Bercakap mengenai karier, Fadlan berkata isteri cukup memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Selepas ini saya tidak akan memaksa kalau dia nak ikut saya ke mana-mana majlis. Terpulang kepadanya.

“Apabila dah bernikah ini bermakna dia faham dan menerima kerjaya saya. Lagi pun kami serasi dan memahami antara satu sama lain sebab sudah lama berkawan,” ujarnya.

Diusik tentang perancangan memiliki cahaya mata, pasangan ini memberitahu mereka tidak terburu-buru ke arah itu.

“Soal anak pula, rasanya tidaklah dalam masa terdekat. Kalau boleh tak mahu anak ramai sebab kami akan selalu ulang-alik Kazakhstan dan Malaysia,” jelasnya.

Sumber : Mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *