H4nyut arus deras, pelajar tahfiz k0rban ketiga b4njir di Kelantan

BANJIR yang melanda negeri Pantai Timur terus menjadi topik utama paparan berita sejak Ahad.
Selain laporan mengenai bantuan terhadap mangsa banjir, kisah kematian akibat bencana itu turut meruntun hati netizen.
Dalam perkembangan terbaharu, seorang pelajar tahfiz berusia 15 tahun menjadi korban ketiga banjir di negeri Kelantan apabila ditemukan lemas di Kampung Kedapan, Banggol Kulim, Rantau Panjang pada Isnin.
Hawari Kaday, 15, dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras sekitar jam 8.30 malam pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, mayat Hawari ditemukan lemas oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang serta Unit Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Mayat mangsa ditemui pada jam 3.30 petang. Selepas ditemui mayat mangsa terus dibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas.
Beliau berkata, pemeriksaan ke atas tubuh badan mendapati tiada sebarang kecederaan yang dialami dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sinar Harian melaporkan seorang warga emas dan remaja menjadi korban banjir di negeri ini.
Mangsa korban pertama banjir dikenali sebagai Mohamad Ishak, 70, yang terjatuh ke dalam Sungai Galas di Pengkalan Lan, Kampung Kuala Gris, Kuala Krai pada Ahad.
Selepas itu,seorang remaja menjadi mangsa kedua banjir di negeri ini apabila ditemukan lemas selepas tergelincir dan dihanyutkan arus ketika menunggang basikal di tepi tali air di Kampung Talang Kadok, Kota Bharu pada Ahad.
SYAHID AKHIRAT
Inna lillahi wainna ilaihirojiun,
Alfaatihah untuk hawari,
Pelajar tahfiz Hj Loh banggol Kulim,
Berumur 15 tahun,anak kak Dah abe qodir yang jual pise goreng,kepok nipis kat banggol kulim.
Semoga rohnyaa dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang2 yang beriman.
Allah lebih sayangkan dia,
Maa syaa Allah,dia meninggal dalam keadaan syahid Akhirat pulok tu asbab lemas, terjatuh dalam air kerana tergelincir tangga luar rumah.
Mayat dia x bekok pun walaupun dekat 24 jam baru jupo,tangan pula mace keadaan orang solat.
Ya Allah,
Apabila imbas kembali sifat dia,
Memang dia anak yang baik,
Ketika sekolah rendah lagi,
Dia rajin gi ngaji quran,lepas subuh,
Selalu dengar dia,abah dia baca yasin,masa tu kami berjiran sebelum family dia pindah ke kampung kedepan tuu.
Tak dea abis sekolah rendah,
Dia sendiri tekad untuk masuk tahfiz sepenuh masa,
Meme dia sendiri yang nak sgt2 mendalami ilmu alquran ni.
Sangat rajin dan tahun lepas dah terpilih jadi imam terawih,
Anak yang sangat baik,
Semoga kak dah dan abe qodir tabah dan redha dengan pemergian anak sulung yang mereka kasihi dan sayangi ini.
Alfaatihah
Semoga kita semua juga dapat meninggal dalam husnul khotimah,
Aamiin Ya Robb
Sumber : ondeondepetang