Zaman persekolahan adalah masa yang sukar untuk dilupakan baik kenangan manis atau sebaliknya, ia kerana masa remaja adalah waktu di mana kita pertama kali didedahkan dengan dunia luar serta kawan-kawan yang baru.
Mereka yang sekolah berasrama pula ada kenangan mereka tersendiri, ukhuwah mereka lebih kuat kerana hampir setiap masa mereka akan melakukan aktiviti harian bersama.
Sesi pemeriksaan mengejvt atau spotcheck merupakan antara perkara yang paling dit4kuti oleh pelajar-pelajar sekolah menengah, banyak barangan yang dilar4ng untuk dibawa ke sekolah bagi tujuan keselamatan.
Seiring dengan arus teknologi, para guru serta warden turut menggunakan aplikasi untuk memudahkan sesi spotcheck.
Terbaru, seorang guru menggunakan platform TikTok Live ketika membuat spotcheck dan meminta netizen membantu dengan cara meninggalkan komen tempat-tempat yang biasa digunakan pelajar untuk menyorokkan barang-barang terlar4ng.
Siel lah buat live time spotcheck. Viewers semua bagi kantoi ???? pic.twitter.com/JG92wyqjjp
— x (@alanrslee) January 2, 2023
Netizen meminta agar guru tersebut untuk memeriksa di bawah katil kerana ujarnya lokasi tersebut selalu menjadi tempat persembunyian rokok.
Sebahagian lagi meminta agar guru tersebut melihat di bahagian belakang tingkap atau di celah-celah almari kerana di situ selalunya menjadi tempat persembunyian telefon bimbit.
Sejak dimuat naik, video tersebut telah dimainkan sebanyak 48,000 kali dan diulang ciap sebanyak lebih 1,000 kali.
Ramai teringat zaman sekolah dulu…
Sumber : TheVocket
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: