Uncategorized

Terlihat ceria, padahal hampir g1la” – Isteri Pertama Abang Tesla Luah Perasaan Di TikTok?

Bila sebut saja pasal Abang Tesla, pastinya ramai yang teringat dengan kisah poligami pempengaruh terkenal itu yang penuh kontroversi.

Meskipun Abang Tesla kini memaparkan kehidupan bahagianya dengan kedua-dua isteri menerusi beberapa video di TikTok, tup-tup muncul pula video daripada isteri pertama, Nurmajdina Jamari yang kini mendapat perhatian ramai.

“I’m okay, I’m fine Gwenchana”

Menerusi video yang kini mendapat hampir 50,000 likes itu, isteri pertama Abang Tesla dilihat merakam wajahnya dengan berlatarkan lagu Jodoh Pasti Bertemu nyanyian penyanyi seberang, Afghan.

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah tulisan di atas video itu yang mengatakan,

Terlihat ceria padahal hampir gila.” 

@n.majdina

I’m okay, i’m fine Gwenchana, teng neng neng neng ????????❤️

♬ original sound – Nurmajdina Jamari – Nurmajdina Jamari

Malah diruangan kapsyen juga Majdina dilihat menulis,

I’m okay, i’m fine Gwenchana, teng neng neng neng.” 

“Maaf jujur cakap saya tak sekuat kamu” 

Video berkenaan telah mengundang pelbagai komen daripada netizen yang berspekulasi sama ada isteri pertama Abang Tesla benar-benar ikhlas dan bahagia dalam hubungan poligami tersebut.

Malah ada juga yang mengaitkan ia dengan video yang baru dimuat naik Abang Tesla yang memaparkan lelaki itu membawa isterinya makan malam dan meluahkan beberapa hal mengenai rumah tangga mereka.

Dalam video itu, Abang Tesla mendedahkan bahawa pada asalnya, dia ingin menyatakan niat untuk berkahwin dua pada bulan 6 terdahulu, namun dia terpaksa tangguhkan hasrat tersebut kerana bulan itu adalah bulan ulangtahun kelahiran isterinya.

@abg.tesla

Isteri untuk dihargai #abgtesla

♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Sebenarnya memang nak cakap dah dengan awak pasal kahwin tu tapi tak sampai hati sebab birthday kan. 

“Masa tu dalam hati rasa sebaklah sebab masa tu fikir, andai kata cakap, kita takkan sama macam dulu. Tapi alhamdulillah lah, semua dipermudahkan.

“Cuma masa tu fikir, lepas bagitahu, mungkin ada ceraian. Mungkin minta cerai sebab tak boleh terima,” katanya.

Apa-apapun kita sebagai orang luar, doakan yang terbaik buat mereka ya. 

Sumber: TikTok 12

Kredit: Lobakmerah

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *