Sepanjang tempoh undian ABPBH35 dibuka bulan lalu, perhatian netizen bertumpu kepada Bell Ngasri yang tercalon bagi kategori Anugerah Artis Komedi Popular. Selama 37 tahun berkecimpung dalam industri hiburan Malaysia, inilah kali pertama namanya tercalon dalam anugerah berprestij itu.
Pertama kali tercalon di ABPBH, Bell Ngasri julang trofi bermakna. Alhamdulillah, syukur kepada Allah! Akhirnya harapan doa peminat yang meletakkan harapan tinggi terhadap kemenangan Bell Ngasri telah tercapai.
Disampaikan oleh Jannah Nick dan Puteri Sarah Liyana, tahun ini kemenangan itu sah menjadi milik artis bertubuh genit ini. Pengumuman gembira itu cukup menggamatkan suasana di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Suasana di Istana Budaya bergema dengan tepukan & sorakan gemuruh. Terpancar ekspresi gembira di wajah, Bell mengucapkan terima kasih buat semua yang sudah menyokongnya selama ini.
Segak dengan busana sut merah dan kain semutar di kepala, pelakon yang terkenal dengan watak Barkoba ini sempat berseloroh lawak dengan kemenangan itu.
Selain ucapan kepada ibunya yang banyak bersusah payah dari dia kecil, Bell turut menyampaikan penghargaan itu buat Allahyarham Mamat Khalid. Tak cukup 1, siapa sangka Anugerah Bintang Paling Popular turut dimenangi olehnya.
`Kempen’ mengundi Bell raih sambutan luar biasa dari awal. Terdahulu, ramai orang yang terjebak menyertai `kempen’ undian Bell Ngasri dengan cara berkongsikan link undian rasmi di pelbagai platform.
Bukan seorang dua, malahan ribuan peminat bersepakat merealisasikan harapan Bell untuk merasai kemenangan itu. Tambahan pula, pelakon tersebut sudah menghiburkan kita semua sejak usia kecil lagi.
Sumber : kisahdunla
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: