PELAKON Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.
Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin yang mendengar kes itu mengesahkan Iafaz dibuat Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, pada 22 Februari lalu terhadap Shuhada adalah sah.
Shuhada juga tidak perlu menjalani tempoh edah berikutan ia telah selesai pada 23 April lalu.
Peguam syarie mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, mahkamah memutuskan hanya satu lafaz cerai yang sah iaitu pada 22 Februari tahun ini.
Shuhada dan Hafidz lega kemelut rumah tangga mereka berakhir.
“Dakwaan sebelah pihak lagi yang mendakwa Iafaz cerai menerusi Whatsapp pada 20 Januari, tidak diterima oleh mahkamah. Maka perceraian adalah talak satu bertarikh 22 Februari 2023,” katanya.
Dalam pada itu, Hafidz ketika berkata, dia bersyukur kemelut rumah tangganya selesai secara balk dan berpuas hati dengan keputusan dibuat hakim.
“Saya bersyukur kes kami sudah selesai dengan baik yang mana saya hari ini sudah bercerai dengan talak satu. Saya nak ucapkan terima kasih semua yang menghormati privasi dan karier saya.
“Alhamdulillah saya lega, perkara ini diselesaikan cara balk dan tanpa sebarang pergaduhan. Saya juga menghormati keputusan hakim dan berpuas hati serta gembira dengan dengan keputusan hari ini,” katanya kepada pemberita.
Shuhada, 29, juga meluahkan rasa lega apabila kemelut rumah tangganya selesai dan menyerahkan segala kepada Allah SWT.
“Alhamdullillah Allah permudahkan semuanya. Saya merasakan seperti Allah sudah angkat satu beban. Terima kasih Allah. Saya perlu kuat semangat sebab kini tak bergantung pada orang lain, dan hanya bergantung pada Allah saja.
Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata.
“Sekarang saya mahu fokus diri sendiri dan anak-anak serta capai cita-cita saya dulu kerana lnsya Allah saya mahu sambung belajar,” katanya
Pada 21 Mac lalu, Shuhada mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini.
Katanya, Hafidz pernah melafazkan talak menerusi pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu iaitu Humairah, 6 dan Umar yang kini berusia 2 tahun.
Sumber : Mstar
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: