Keluarga

Ibu Syamsul tunjuk satu gambar lama, Tak maafkan individu cuba runtuh rumah tangga orang

KEMELUT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan juga pengarah Syamsul Yusof masih belum bertemu titik noktahnya meskipun telah memasuki lembaran tahun 2023.

Terbaharu, ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail sekali lagi menegaskan rasa kesal terhadap individu yang cuba meruntuhkan rumah tangga sesebuah perkahwinan.

“Meruntuhkan kebahagian sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka!” katanya.
Ibu Syamsul Yusof tegas tidak akan maafkan perosak rumah tangga.

Fatimah berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa yang turut memaparkan swafoto dirinya di dalam sebuah kereta.

Dalam hantaran lain, Fatimah turut memuat naik foto saat Puteri Sarah dan Syamsul bersama anak sulung mereka Syaikhul Islam yang baharu sahaja beberapa bulan.

Malah Fatimah juga berkongsi foto mereka sekeluarga makan malam semasa menyambut Tahun Baharu pada 2018.

Menerusi foto berkenaan turut memaparkan Puteri Sarah dan juga Syamsul sedang mengendong anak pertama mereka, Syaikhul.

 

Sebelum ini, Syamsul yang juga pengarah filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan memaklumkan dia akan menjawab segala persoalan mengenai kontroversi berkenaan dalam masa terdekat.

“Sudah tiba masanya saya bersuara mengenai perkara ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih.“Cuma bezanya nanti, penjelasan saya itu tidak sama dengan apa yang dilakukan Puteri Sarah. Saya tidak mahu membuka pekung atau aib sesiapa.

“Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan leraikan satu persatu kepada umum supaya semua persoalan ternoktah,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Terdahulu, kisah pasangan tersebut kembali menjadi perhatian apabila Puteri Sarah mendedahkan ada peminat mendakwa suaminya telah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Ira Kazar.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Sumber : ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page INI BARU VIRAL Ya.

Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah ?? untuk anda..

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button