Nasi kandar merupakan antara makanan yang sangat p.opular, bukan sahaja di Pulau Pinang malah di seluruh Malaysia. Hampir seluruh rakyat gemar dengan makanan tradisional ini.
Sekadar info, nasi kandar merupakan makanan makanan harian untuk pekerja-pekerja b.uruh sahaja. Pada zaman dulu, Pelabuhan Weld Quay di Pulau Pinang telah pun dibina sebagai pelabuhan antarabangsa.
Netizen Tak Sangka Harga Mahal
Umum mengetahui bahawa dengan peredaran zaman yang semakin membangun ini, harga barangan runcit juga akan naik termasuklah bahan m.entah seperti ayam, daging, telur dan sebagainya.
Harga barangan m.entah yang semakin mahal juga bermaksud harga makanan di kedai akan meningkat berdasarkan harga bahan mentah tersebut.
Baru-baru ini telah tular satu hantaran di Facebook, seorang individu berkongsi kisahnya semasa dia menjamu selera di sebuah foodcourt di Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran berkenaan, dapat dilihat apa yang beliau pesan adalah seperti berikut. Dua pinggan nasi putih, satu ketul ayam goreng dan dua ketul sotong.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah harga yang dibayar oleh individu tersebut boleh dikatakan seperti tidak masuk akal.
Individu tersebut juga telah meminta pendapat orang ramai berkenaan harga yang dikenakan oleh kedai berkenaan terhadap makanan yang telah diambil.
“Memang biasa ke kena harga RM 86 ni?. Harga di sini memang macam ni ke?, saya dari Johor jadi saya tak pasti, ini kali pertama saya order,”.
“Sotong saya ambil satu tapi dia kira dua. Bila saya tanya dia kata sebab saya ambil sotong yang bersaiz besar, tapi sotong dia semua sama saiz,” tulisnya di kapsyen hantaran tersebut.
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terkejut dengan harga yang telah dikenakan kepada individu tersebut. Namun, ada juga warganet yang mengatakan individu terbabit sepatutnya bertanya mengenai harga terlebih dahulu sebelum mengambil sotong goreng tersebut.
Sumber: LM | FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: