Ini Komen Diana Danielle Tentang Puteri Sarah Minta Syamsul Yusof Ceraikan Dia Kerana Tidak Mahu Bermadu

“Saya rasa tiada wanita yang ingin membuat begitu (bercerai) tanpa sebab. Dan kita tidak boleh bercakap banyak kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.”
Demikian ulas pelakon Diana Danielle mengenai keputusan rakan baiknya, Puteri Sarah Liyana mengenai tindakan yang diambil pelakon itu untuk menfailkan perceraian.
Enggan berpihak kepada sesiapa, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu menyuarakan pendapat peribadinya berhubung isu berkenaan.
“Saya tidak mahu berpihak kepada sesiapa berhubung isu berkenaan, namun sebagai wanita semestinya kita memahami perkara yang dibangkitkan sebelum ini.
“Dalam kehidupan ini, kita tidak boleh menjangka pengakhiran kita dalam apa jua keadaan. Kita hanya mampu memberikan yang terbaik dan Puteri Sarah juga sudah melakukan sebaik mungkin buat keluarganya.
“Jadi kita hanya menyokong apa saja tindakan yang diambil. Apa saja yang terbaik buat Puteri Sarah dan anak-anaknya,” kata Diana.
Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Terdahulu, nama pelakon dan penyanyi Diana menjadi sebutan ramai gara-gara pendedahan berani mendakwa pernah menjadi mangsa penderaan fizikal oleh bekas teman lelakinya menerusi program Studio Sembang di YouTube.
Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 31, berkata, dia tidak menyangka isu penderaan fizikal itu menjadi isu besar.
Malah, Diana menegaskan bukan niatnya mencari gaduh atau mengungkit kisah lalu sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman dan kesedaran tentang kesihatan mental.
Dalam pada itu,elakon dan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan susulan isterinya, Puteri Sarah Liyana memfailkan tuntutan cerai, pagi tadi.
Cubaan pihak media menghubungi pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak berhasil apabila Syamsul tidak menjawab panggilan dan membalas pesanan WhatsApp.
Syamsul sebaliknya, hanya memuat naik gambar dua anaknya, Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3, hasil perkahwinan dengan Puteri Sarah di Instagram Story, sebentar tadi bersama catatan ringkas: Always love (Sayang sentiasa).
Syamsul pada masa sama, turut memuat naik petikan video pendek filem baharu arahannya, The Original Gangster yang menampilkan beberapa pelakon popular seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad dan Hairul Azren.
Semalam, Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dengan ditemani dua adiknya dan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader bagi memfailkan perceraian terhadap Syamsul.
Konflik rumah tangga pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak 8 Mac 2014 itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Syamsul sebelum ini, memaklumkan sedang berusaha membaiki hubungannya dengan Puteri Sarah, malah meminta isteri pertamanya itu pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya, Kazar Saisi melalui video di Instagram.
Pengakuan itu mengundang reaksi negatif daripada orang ramai termasuk ibu bapa Syamsul yang tidak merestui perkahwinan kedua anak sulungnya itu.
Sumber:hmetro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: