Uncategorized

Menyesal Pilih Brhenti jadi seorang cikgu? Rezeki melimpah ruah kini Rupanya ini yg jadi pada Namie

Pelawak, Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, 27, meluahkan rasa syukur kerana sentiasa dilimpahkan dengan rezeki anak seni hiburan meskipun sudah setahun meninggalkan kerjaya sebagai seorang pendidik.

Memetik laporan mStar, Namie mendedahkan dirinya banyak menerima tawaran kerja dalam bidang seni selepas mengambil keputusan serius untuk meninggalkan bidang perguruan.

“Apa yang saya katakan Allah beri saya rezeki dalam setahun ini, setiap hari ada job.
“Alhamdulillah, saya pun tak tahu apa kebaikan yang saya telah buat sampai banyak rezeki diberi,”ujarnya.
Katanya lagi, keputusan meninggalkan kerjaya yang dimuliakan oleh orang ramai itu adalah keputusan yang tepat dan dia kini boleh memberikan sepenuh perhatian dalam menggembangkan karier seni.
Pun begitu, Namie turut memberi peringatan kepada diri sendiri bahawa di sebalik rezeki yang datang itu juga boleh dijadikan sebagai ujian.

“Bagi saya, keputusan yang saya buat ini satu berani mati juga, tapi rahsia Allah itu saya tak tahu.
“Tapi, inilah ketentuan Allah, lagi pun keputusan yang saya buat ini bukannya saya fikir sehari dua tapi sudah bertahun-tahun. Sewaktu saya belum kahwin lagi.. bila dah saya kahwin, saya bincang dengan isteri. Dia yang memahani,
“Tapi bagi saya, rezeki kadang boleh jadi ujian buat kita juga… sama ada buat kita lupa diri atau lain-lain,”katanya lagi.
Tambah Namie, apa yang membuatkan dirinya sedikit janggal adalah layanan daripada segelitir manusia yang dulunya cuma biasa-biasa sahaja, kini makin rapat seolah-olah sudah lama berkenalan.
Akan tetapi, ia bukanlah satu halangan buat dirinya untuk terus memberi layanan bagi mengelakkan diri digelar ‘sombong’.
Terdahulu, pada September 2022, Namie mengumumkan dirinya membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru.
Sumber : ohmy medla

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *