Semasa

Ira Kazar Komen Di Instagram Syamsul Yusof, Sekali Syamsul Padam Komen Tersebut, Ramai Yang Puas Hati! ini Ira Tulis Rupanya

Tidak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini nama pengarah popular, Syamsul Yusof sering menjadi tumpuan di media sosial mengenai kemelut rumah tangga yang berlaku pada ketika ini bersama dengan pelakon, Puteri Sarah selepas bernikah dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar.

Bukan itu sahaja, khabar berita mengenai perkahwinan kedua Syamsul itu telah membuat ramai orang tidak berpuas hati kerana kasihan dengan nasib yang menimpa kepada isteri pertamanya yang terpaksa menanggung kesedihan selama empat tahun sebelum mengambil keputusan memfailkan penceraian pada Isnin lalu.

Malah, penerbit eksekutif Razor Edge Pictures, Datuk Saniboey Mohd. Ismail memaklumkan fikiran Syamsul kelihatan agak terganggu ketika di set penggambaran susulan dengan krisis rumah tangga yang dihadapinya pada ketika ini.

Komen Ira dipadam Syamsul?

Namun begitu, baru-baru ini, nama Ira Kazar pula menjadi perhatian netizen gara-gara dia meninggalkan sebuah komen di sebuah hantaran suaminya telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

Mana tidaknya, netizen mendakwa isteri kedua Syamsul itu telah memberi komen ‘holla-holla’ di sebuah hantaran namun, telah dipadam oleh Syamsul bagi menggelakkan sebarang kecaman terhadap dirinya.

Ira sengaja cari perhatian?

Bahkan, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Ira bertindak sedemikian sengaja untuk mendapatkan perhatian orang ramai di media sosial.

Netizen puas hati komen Ira dipadam!

Bagaimanapun, netizen turut meluahkan rasa puas hati apabila komen Ira itu dipercayai telah dipadam oleh Syamsul dan memaklumkan supaya Ira kekal mendiamkan diri bagi menggelakkan keadaan menjadi lebih keruh.

Sekadar info, Syamsul telah membuat pengakuan pada 6 Januari lalu dimana dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan oleh bapa wanita itu sendiri iaitu Kazar Saisi.

Sumber: TikTok @miangmore

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button