Isteri kepada pempengaruh dan Youtuber terkenal Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul meluahkan perasaan mengenai isu bekalan di Kelantan menerusi sebuah hantaran di lamam Facebook miliknya.
Lebih 30 tahun jaga, tak selesai juga
Anissa dalam hantaran meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila masalah tersebut sehingga kini tidak mampu diselesaikan meskipun sudah lebih 30 tahun pihak terlibat memerintah pentadbiran negeri.
Luahnya, air merupakan agen penting buat semua orang bagi melakukan sebarang aktiviti harian terutama mengambil wuduk untuk mengerjakan solat.
“Lebih 30 tahun dah duk jaga (memerintah). Benda asas pun tidak boleh nak selesaikan.
“Dengan air la nak ambil wuduk, solat di rumah. Mandi selepas pulang dari kerja untuk pergi ke masjid dan solat berjemaah,”luahnya.
Cakap lebih kata tak sayang agama
Anissa yang juga seorang usahawan mengatakan dirinya tidak mampu meluahkan pandangan peribadi secara berlebihan kerana sedia maklum akan kesan yang bakal diterimanya kelak.
Pun begitu, dia juga berharap agar masalah asas seperti air di negeri tersebut dapat diselesaikan dan sekaligus memudahkan urusan penduduk setempat untuk mendapatkan sumber bersih sebelum menunaikan solat.
“Kato (Kata) lebih lebih kan, oyak (cakap) tak sayang ko agama (sayang agama). Benda asas untuk jupo (jumpa) Sang Pencipta pun tak selesai,”luahnya lagi.
Hantaran berbentuk luahan itu dikongsinya selepas terdapat seorang warga Facebook di grup Pasir Mas meluahkan rasa kesal terhadap masalah air di rumahnya terletak di Kampung Banggol, Stol, Pasir Mas.
Difahamkan, sudah enam bulan air di rumahnya tiada iaitu dari pagi sampai ke malam sehingga terpaksa mengambil air di masjid.
Dalam pada itu, Idayu yang mengusahakan perniagaan bakeri dari rumah terpaksa mengurangkan tempahan kerana bekalan air bersih yang terhad.
“Saya terpaksa fikir dua tiga kali untuk terima tempahan kek sebab perlukan air bersih dalam kuantiti yang banyak untuk basuh peralatan memasak.
“Letih sangat! Saya bertambah tertekan dalam keadaan begini. Pendapatan keluarga saya juga terjejas. Larat ke saya nak angkut air 10 kali sehari. Suami saya pun ada kerja nak dilakukan juga,” tambahnya lagi.
Hantaran asal mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut bersetuju dengan luahan dibuat wanita ini di Facebook.
Untuk rekod PAS mula memerintah Kelantan sejak memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 1990.
Parti Islam itu berjaya mengekalkan pemerintahan di negeri itu sehingga kini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.