Info

Jihan Musa Didakwa Salah Guna Kuasa, Mahkamah Tetapkan RM8 Ribu Sebagai Jaminan

AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang sebelum ini dikenali sebagai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ialah sebuah agensi yang ditubuhkan pada 2010.

Ia bertujuan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam negara yang menjadi teras Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA). Antaranya ialah untuk menentukan dasar dan merancang perkhidmatan rel, bas dan teksi serta pengangkutan barangan memlalui rel dan jalan raya.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) | LinkedIn

Agensi ini dibawah pengendalian kerajaan dan memerlukan penelitian yang cekap untuk memastikan kesemua perjalanan serta pengangkutan awam darat berjalan dengan baik.

Namun, agensi ini juga tidak terlepas dari salah laku pegawainya dimana seorang ketua cawangan di Pahang telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuantan di sini hari ini diatas dua pertuduhan menyalahgunakan kuasa begi kepentingan sendiri.

Bagaimanapun, tertuduh Nor Jihan Musa, 37, memohon untuk dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 30 Disember 2020 dengan menggunakan jawatan sebagai ketua cawangan untuk mendapatkan suapan dan meluluskan permohonan ubah syarat lesen pengendali atau permit kenderaan barangan syarikat miliknya sendiri.

Manakala pertuduhan kedua pula, pada 31 Mac 2021, beliau didakwa menggunakan jawatan sebagai ketua cawangan untuk mendapatkan suapan dengan meluluskan permohonan melesenkan kenderaan mengikut surat tawaran kepada syarikat miliknya.

bagi kedua-dua pertuduhan dua didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Sekiranya disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan kesalahan itu dan sekiranya suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 akan mengikut mana-mana jumlah yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, difahamkan pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 kepada tertuduh bagi keuda-dua pertuduhan tetapi menetapkan semula sebanyak RM8000 selepas mendengar hujahan rayuan dari peguambela tertuduh.

Hakim juga menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu  melaporkan diri di pejabat SPRM sekali setiap bulan bermula Januari 2022 sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 28 Febuari sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Sumber : akupapankekunci

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button