Uncategorized

“Kadang baru aku sedar pakai topeng lagi ramai menyukai diri kita..” – Sedih Bila Peminat Benci Selepas Tahu Siapa Betta Fish Sebenar

Kadang baru aku sedar pakai topeng lagi ramai menyukai diri kita..Kerana Kita Akan Mehiburkan Orang Tanpa Siapa Tahu Diri Kita..” – keluh netizen

Ramai yang beranggapan selebriti berbadan kenit Ayda Jebat mungkin dianggap sebagai penyanyi “suam-suam suka” sahaja di dalam industri hiburan tempatan.

Hal yang demikian kerana dikatakan masih ada sesetangah pihak yang tidak senang dengan personaliti selebriti itu.

Menurut sebuah laman portal, Ayda pernah mengulas lanjut mengenai pengalaman beliau yang pernah menerima komen peminat dilaman sosialnya yang mengakui membenci personalitinya namun amat menyukai lagu nyanyiannya.

Baru-baru ini, Betta Fish atau figura sebenarnya, penyanyi Ayda Jebat diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).

Memuat naik video di laman TikTokAyda berkongsi dengan pengikutnya perjalanan sepanjang menyertai program berkenaan sehingga berjaya diangkat sebagai juara.

VIA TikTok

 

Namun, di dalam perkongsiannya itu  Ayda turut berkongsi perasaan sedih dan gembira setelah berhempas pulas dalam menjayakan misi dalam program berkenaan namun masih ada yang tidak berpuas hati dan terkejut apabila mengetahui bahawa dirinya itu adalah penyanyi sebenar figura Ikan Betta.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan apa yang dirasakan oleh penyanyi kesayangan mereka itu, serta memberi kata-kata semangat untuk tetap berjuang dalam industri seni tanah air ini.

Membawakan lagu Titanium nyanyian asal David Guetta ft Sia, Betta Fish berjaya menewaskan empat maskot lain. Manakala untuk segmen kedua duet bersama artis jemputan pula, Betta menyampaikan lagu berjudul Salam Terakhir bersama Marsha Milan.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat membawa pulang hadiah sebuah trofi seperti mana mengikut format negara-negara lain.

Murai My juga ingin mengucapkan segulung tahniah kepada Ayda kerana telah menjuarai The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).

Jangan putus harapan, jadikan setiap komen sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya!

Sumber: murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *