Uncategorized

Tidak Suka Amerika, Angelina Jolie Bercadang Pindah Ke Kemboja, Sekali Netizen Kaitkan Dengan Mak Cik Kemboja

Di media sosial sebelom ini kecoh apabila pelakon Hollywood, Angelina Jolie membuat pengakuan terbuka kepada umum.

Mengaku LA Tempat Yang Tidak Sihat.

Dalam pengakuannya, dia menyatakan bahawa dia bercadang meninggalkan Los Angeles (LA), Amerika Syarikat dan berpindah ke Kemboja dengan kadar segera.

Pelakon itu juga memberitahu dia bercadang untuk meninggalkan dunia lakonan sepenuhnya bagi memberikan fokus kepada kehidupan baharu di negara itu.

Berita itu telah dikongsikan olehnya sendiri menerusi satu temu bual eksklusif bersama Wall Street Journal, baru-baru ini.

Menerusi temu bual berkenaan, Angelina memberitahu sejak daripada dahulu lagi dia tidak suka untuk menetap di Hollywood atas beberapa faktor.

Malah, dia tidak terfikir untuk meneruskan kerjaya lakonan sehingga usia tua.

Netizen Minta Bawa Mak Cik Kemboja?

Dalam pada itu, ada sumber mendedahkan impian pelakon berkenaan untuk berhijrah terbantut kerana masih terikat dengan bekas suaminya iaitu pelakon Brad Pitt.

Posting yang dimuat naik di Instagram tersebut mendapat perhatian ramai netizen.

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen meminta supaya Angelina Jolie turut membawa Mak Cik Kemboja pulang ke Kemboja selepas kecoh insiden yang berlaku sebelum ini.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang mempelawa Angelina Jolie untuk datang dan menetap di Malaysia dan salah satu sebabnya adalah kepelbagaian makanan.

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *