Hiburan

Kalau Hamil Takkan Ira Berani Main “Rolling Ball”, Ramai Netizen Risau Takutt Baby Dlm Perut Bergegar!

BARU-BARU ini timbul desas-desus mengatakan isteri kedua pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dikatakan sedang hamil anak pertama.

Bagaimanapun perkongsian Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, menerusi Instastory miliknya pada Isnin mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen apabila Ira melakukan aktiviti ‘indoor’ bersama keluarganya.

Menerusi video yang dikongsi, Ira dilihat riang bermain permainan ‘rolling ball’ bersama ahli keluarga di sebuah taman tema.

Seorang pengguna di aplikasi Tiktok yang mengulang siar video berkenaan mengundang komen netizen yang mempersoalkan sama ada Ira hamil atau pun sebaliknya.

ira2 - 1

Perkongsian Ira di instastory undang tanda tanya.

Ini kerana kata mereka, sekiranya benar Ira sedang hamil, dia tidak akan melakukan aktiviti lasak yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kandungannya.

Apatah lagi jika ia adalah kehamilan pertama, pasti pelakon berkenaan akan benar-benar menjaga diri.

“Eh, kata mengandung boleh pula main jatuh-jatuh. Dia tak hamil, kan? Katanya hamil, tak bahaya ke?

“Bukankah Ira mengandung? Orang hamil boleh main benda tu ke? Atau saya ketinggalan?,” komen netizen.

Terdahulu, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam enggan memberi komen berkenaan gosip mengatakan Ira sedang hamil malah tidak mahu lagi mengulas apa-apa tentang rumah tangga anaknya itu.

“Dia hamil atau tidak, saya tak tahu. saya tak nak komen.

WhatsApp Image 2023-02-07 at 12.45.20 PM

Antara komen netizen yang mempersoalkan kehamilan Ira.

“Saya tidak mahu lagi komen tentang Syamsul. Cukup-cukuplah. Banyak hati yang perlu dijaga. Isteri saya pun masih dalam keadaan sedih,” katanya.

Pada 5 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira di Thailand dan berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi.

Susulan daripada pendedahan itu, isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Komen Netizen lain,

Dia tgah seronok mengabiskan duit laki org yg dah jd laki dia yg dia dah bjaya sondol tu.

Seronoknyerrr… tak gegar ke baby dlm perut tu? Cian baby.

Dia tgh happy, maklumlah baru kahwin.

Video,

 

Sumber Mstar .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *