Uncategorized

“Kalau sorok-sorok orang marah” – Kehadiran Watie takdir ditentukan, Shuib umum sesuatu tentang hubungan dia dengan Watie

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata, meskipun tidak pernah melupakan Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin namun dia menganggap kehadiran wanita itu dalam hidupnya mempunyai sebab tersendiri.

“Sampai ke hari ini saya masih tercari-cari hari yang saya tidak teringatkan Sarah. Jadi, bila ada orang yang datang kepada kita (Watie), saya pasti ada sebab-sebabnya.

“Zalimlah saya kalau saya tidak menghargai orang itu. Saya tidak tahu masa depan macam mana, tambah pula ibu saya boleh yakinkan saya. Jadi saya rasa itu adalah jawapan paling besar untuk saya,” katanya kepada mStar.

Shuib menghargai kehadiran Watie dalam hidupnya.

Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran Kamya Fest 2023 yang diadakan di Hotel citizenM Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Bercakap lanjut mengenai Watie, Shuib berkata dia tertarik dengan personaliti usahawan berkenaan kerana sikap penyayang ditonjolkan selain mempunyai ciri-ciri seperti arwah Sarah.

Kata Shuib, apa lebih mengagumkan, Watie turut mengambil tanggungjawab menjaga kakaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) sejak kecil.

“Saya sangat selesa dengannya kerana Watie seorang yang penyayang. Dia sendiri ada kakak OKU yang sejak lahir memang tak boleh berjalan. Dialah yang hari-hari uruskan kakaknya itu.

“Saya melihat pada pasangan jika satu hari kita sakit, ada tak yang boleh jaga kita? Kita mampu atau banyak duit, tapi bila kita sakit, kita tak nak semua itu pun. Kita hanya nak orang jaga kita, lebih-lebih lagi orang yang kita sayang,” ujarnya.

Sementara itu, menjelaskan kehadiran mereka menghadiri konsert penyanyi Lah Ahmad Sabtu lalu, Shuib mengakui itu adalah kali pertama mereka keluar berdua tanpa ditemani anak-anak.

Bila ada orang yang datang kepada kita (Watie), saya pasti ada sebab-sebabnya.
SHUIB
PELAWAK/PENYAMPAI RADIO


Kata Shuib, mereka mengambil keputusan menghadiri konsert berkenaan selepas mendapat tiket daripada Lah pada saat-saat akhir.

“Kalau dulu sorok-sorok orang marah… daripada hari itu lagi saya sudah beritahu saya sedang berkawan dengannya.

“Tapi bila keluar bersama, masih ada pertikaikan. Jujur saya beritahu, itu kali pertama saya keluar berdua dengannya. Selalunya memang ada anak-anak bersama kami,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shuib turut menjelaskan dia sudah mempunyai perancangan untuk ke fasa seterusnya, namun masanya belum lagi ditetapkan.

Kata Shuib, ibunya sering bertanya tentang perkara tersebut memandangkan anak bongsunya, Ayash sudah semakin membesar.

“Insya Allah, kalau ikutkan mak saya tu nak cepat sebab dia fikirkan Ayash. Ayash dah makin besar.

Sekarang Ayash pun dah nak pandai jalan. Watie pun tak ada masalah sebab dia pun pernah jaga Ayash.

“Cuma apa yang saya boleh katakan, kami berharap yang terbaik dan mohon doa daripada semua. Insya Allah bila sudah ada tarikhnya saya pasti akan umumkan,” jelasnya.

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2.

Sarah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos 2021.

Terdahulu,

SHUIB HADIR BERSAMA WATIE, SIAP SEDONDON DI KONSERT CURI PERHATIAN

Baru-baru ini, penyanyi Lah Ahmad telah mengadakan konsert iaitu 25 Years Lah Ahmad Live in Concert di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC).

Namun yang menjadi tumpuan ramai adalah kehadiran penyampai radio dan pelawak Shuib Sepahtu bersama wanita yang sedang dikenalinya, Watie Hanifiah pada konsert tersebut.

Malah, pasangan itu dilihat tampil berpakaian sedondon serba hitam dan kuning. Kehadiran Shuib mula menjadi perhatian apabila Lah mendendangkan lagu ‘Adinda’ sambil beramah mesra dengan penonton yang hadir.

Malah, Watie juga turut memuat naik video di Instagram Story sebagai tanda sokongan kepada bekas anggota kumpulan V.E. itu. Perkongsian yang dimuat naik oleh Watie itu turut memperlihatkan bahagian sisi wajah Shuib yang duduk di sebelahnya.

Terdahulu, hubungan Shuib hangat kembali apabila Watie turut berada di sebuah restoran ketika makan malam bersama anak-anaknya berdasarkan gambar dimuat naik.

Bagaimanapun, menerusi temubual bersama Harian Metro, Shuib menafikan bakal mendirikan rumah tangga dengan Watie pada Mac hadapan. Malah, Shuib menegaskan enggan membelakangi keluarganya dalam sebarang keputusan yang diambil.

Sebelum ini, Shuib berkata dia hairan dengan segelintir netizen yang kurang senang jika dia berkahwin dengan Watie. Malah, ada netizen terus menilai wanita itu akan menjadi ibu tiri yang garang

Sementara itu, pada konsert tersebut, penyanyi Lah Ahmad telah menitiskan air mata ketika mempersembahkan lagu ‘Di Pintu Syurga’ tatkala menyempurnakan segmen penghormatan (tribute) untuk dua sahabat seperjuangannya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin dan Allahyarhamah Adibah Noor.

“Sarah adalah antara sahabat seperjuangan saya yang bersama-sama naik dalam industri. Antara kenangan yang paling saya ingati adalah, ketika dia berkongsi bagaimana suaminya, Shuib menguratnya menggunakan lagu Ayu,” kata Lah.

Selain tampil solo mempersembahkan lagu-lagu popularnya, Lah juga turut bergabung bersama kumpulan nasyid Inteam, menerusi lagu popular mereka, ‘Kasih Kekasih’ dan Shazzy menerusi lagu ‘Kenapa’.

Kehadiran Aina Abdul menyampaikan lagu duet ‘Tunggu Kamu’ bersama Lah turut menjadi kemuncak konsert berkenaan.

Sumber : ceritanetizen/mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *