Uncategorized

Nama Puteri Sarah Kena Petik, Hafidz Roshdi Sah Bercerai Dgn Shuhada, Ini Kata-Katanya

BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi sempat meninggalkan pesan buat golongan wanita yang bercita-cita mengecap kebahagiaan di atas penderitaan orang lain agar sentiasa ingat kepada Allah SWT.

 

Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mengingatkan golongan ini agar mengingati balasan Allah pada yang mempunyai niat menggangu rumah tangga orang lain.

“Kepada sesiapa yang bercita-cita mahu mendirikan kebahagiaan di atas penderitaan orang lain, ingat dan percaya Allah.

“Semua tahu Allah mampu membolak-balikkan hati manusia. Semua yang di dunia ini hak Allah,” katanya kepada mStar.

 

Video

Pada pagi Khamis, Hafidz dan Shuhada akhirnya sah bercerai selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan lafaz dibuat aktor itu pada 22 Februari lalu adalah sah mengikut hukum syarak.

Lega kemelut rumah tangganya sudah berakhir, Shuhada berharap pengalaman dilalui dapat dijadikan contoh kepada wanita lain agar tidak melalui perkara sama.

“Saya ingin beri semangat pada semua wanita di luar sana. Semua yang melalui fasa yang sukar ketika ini, banyakkan bersabar.

 

 

“Saya tahu perasaan itu sangat pedih dan perit tapi tidak mengapa Allah baik sangat. Bila kita baik, kejar cinta Allah, Allah akan ganti dengan lebih indah.

“Dugaan yang saya terima adalah ujian, supaya saya kuat dan jadi contoh untuk anak-anak,” jelasnya.

Mengulas status berubah menjadi ibu tunggal, Shuhada memberitahu dia sudah pun menjelaskan penceraiannya dengan Hafidz kepada anak-anak mereka.

Kata Shuhada, meskipun tidak dapat berkawan baik dengan bekas suami namun dia tetap akan berhubung dengan Hafidz untuk perkara berkaitan anak-anak mereka.

“Kawan baik itu mungkin tidak tapi hubungi untuk anak-anak supaya mereka boleh berhubung

“Saya memang tak sorok apa-apa daripada mereka malah sudah beritahu Umar dah Humairah yang ibu dan ayah sudah berpisah,” katanya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar yang kini berusia 2 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *