Hiburan

Kekasih Datang Melawat Keluarga, Zarina Anjoulie Rupa-Rupanya Cucu Kerabat Diraja?

Baru-baru ini, pelakon sensasi Zarina Anjoulie dilihat membawa kekasih Datuk Sri Khazrul Elzey datang melawat keluarga sebelah bapanya.

Yang menarik perhatian, rupa-rupanya Zarina atau lebih mesra disapa Anju merupakan cucu kepada kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Y.M Tengku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim.

Kekasih Datang Melawat Keluarga, Zarina Anjoulie Rupa-Rupanya Cucu Kerabat Diraja? - XTRA

“Keluarga sebelah bapa Anju. Terima kasih Daddy Fahizul bawa saya bertemu nenda Anju, Y.M Tunku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim,” katanya.

Nenda kepada Anju turut memberi nasihat untuk banyak bersabar kepada Elzey apabila sudah berumah tangga dengan cucunya, kelak.

Bimbinglah Anju Sebaik Mungkin” – Ajak Tutup Aurat, Netizen Puji Sikap Kekasih Zarina Anjoulie

“Terima kasih Mak Engku (nenda) nasihat Mak Engku kepada anakanda ‘Kalau Anju marah anakanda keluar sekejap rumah jangan lawan jangan gaduh kena bersabar’. InsyaAllah Nenda, anakanda akan menjaga Anju cucu nenda dengan baik,” ujarnya terima nasihat yang diberikan.

Dalam pada itu, dia juga berterima kasih diterima baik oleh keluarga Anju.

“Terima kasih kepada Tengku Cik, Nik Fazirudean dan Nik Faris. Thank you very much to wish me welcome in your family’s. I love you all till Jannah,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi TikTok milik Elzey dan bahagian komen telah ditutup olehnya.

Amaran pada bekas isteri kekasih, kata-kata Zarina Anjoulie tarik perhatian ramai “kpd bekas isteri setelah gugur talak 3 keatas..”

Umum mengetahui pelakon, Zarina Anjoulie sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan teman lelakinya Datuk Seri Khazrul Elzey dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Memetik portal Xtra, baru-baru ini Elzey seolah memberi amaran kepada bekas isterinya agar tidak mengganggu hubungannya bersma Zarina atau lebih mesra disapa Anju.

Menerusi perkongsian di TikTok story, kekasih Anju mendakwa telah jatu talak tiga kepada bekas isterinya kerana nusyuz sekaligus hilang gelaran ‘Datin Seri’.

“Kepada bekas isteri, setelah gugur talak tiga keatas kamu kerana nusyuz dan derhaka maka gugurlah title kamu sebagai Datin Sri. Saya mohon jangan kamu ganggu kekasih saya kelak nanti akan menjadi lebih parah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elzey juga berharap bekas isterinya itu meneruskan kehidupan dan bertaubat serta tidak mengganggu mereka.

“Just move on dan kembali bertaubat kepada Allah. Move on dan jangan ganggu kami,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, hasil pencarian mendapati video tidak tidak lagi kelihatan berkemungkinan telah dipadam. Baru-baru ini, Zarina berkongsi berita gembira apabila dilihat sudah menempah baju perkahwinan di butik pengantin untuk hari bahagianya.

Kongsi rakaman bersama teman lelaki di butik pengantin, peminat mula komen beribu di laman IG Zarina Anjoulie

Selepas beberapa kali, Zarina Anjoulie dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey menjadi tumpuan ramai di media sosial nampaknya satu muat naik terbaharu pelakon tersebut membuatkan ramai turut sama teruja.

Zarina Anjoulie atau turut mesra dipanggil Anju mencuri tumpuan ramai beberapa jam yang lalu apabila dia berkongsikan satu rakaman video yang mana dia dalam pada masa sama meluahkan rasa teruja kerana pada hari tersebut dia pergi menempah baju kahwin daripada sebuah butik yang sangat disukainya.

Zarina Anjoulie luah rasa teruja

Pelakon ini juga dalam rakaman klip video yang dikongsikan menunjukkan dia dan teman lelaki ke butik pengantin tersebut bersama-sama dan mengukur baju mereka. Zarina Anjoulie juga berkongsikan baju-baju yang disukainya selain turut berkata bahawa dia senang bekerja sama dengan pihaknya.

“Salam guys sangat teruja for today sebab pergi tempah baju Anju dan Anju takkan cari orang lain buat baju kahwin Anju hanya hansminofficial sahaja! His the best! Baju semua cantik-cantik, I trust him with my life untuk baju kahwin saya. (Masa kahwin dulu pun hansminofficial yang buat baju Anju) So memang dah senang kerja dengan dia. Pakej-pakej dia pun Alhamdulillah mampu milik. Korang serius kena try servis hansminofficial.”  Tulis Zarina Anjoulie diruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen, Zarina Anjoulie mendapat reaksi bahagia daripada rakan selebriti dan peminat serta pengikut diruangan Instagram peribadinya itu yang juga sama teruja dengan perkongsiannya itu.

‘Waa congratulations Anju’

“Tak sabar nak tengok…’

Sumber: syor | rotikaya | xtra/kucingpink

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *