Semasa

Keluarga dedah Hafidz Roshdi tumbuk isteri hingga cedera, adik dedah keadaan terkini Shuhada buat ramai risau

 

PETALING JAYA – “Ya, kakak saya ditumbuk oleh suaminya.”

Demikian pendedahan seorang ahli keluarga Nurul Shuhada iaitu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi mengesahkan wanita itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Menurut individu yang enggan namanya identitinya didedahkan, kejadian tersebut berlaku di dalam kereta berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh namun tidak mengalami kecederaan yang kritikal.

Best outdoor recreational activities for physical and mental health
“Saya difahamkan pergelutan berlaku antara mereka di dalam sebuah kereta berhampiran lokasi tersebut.

“Shuhada ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka dan saya terus membawanya ke balai polis untuk buat laporan dan hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, keadaan Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri setakat ini masih baik dan dibenarkan pulang untuk berehat di rumah.

“Alhamdulillah keadaannya stabil cuma lukanya perlu dijahit dan dinasihatkan berehat di rumah.

“Selain itu, Shuhada juga melakukan rawatan lanjut bagi mengenal pasti tiada sebarang kecederaan serius berlaku seperti patah berlaku.

“Cuma, dia kini terkesan dengan apa yang berlaku,” ujarnya.

Hari ini, pihak polis dilaporkan menerima sebuah laporan polis mengenai pelakon lelaki yang didakwa menumbuk isterinya sekitar pukul 6.30pagi tadi.

Sebelum ini, Shuhada telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada Isnin lalu.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Shuhada menjadi bualan ramai selepas mendakwa diganggu pihak ketiga.

Kemuncak kemelut rumah tangga mereka apabila Hafidz dikatakan telah melafazkan talak satu terhadap Shuhada menerusi panggilan telefon disaksikan oleh ahli keluarga.

Sekadar info, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Ada Yang Kata Sarah Pengaruh Shuhada Berpisah, Puteri Sarah Certia Satu Persatu Yg Jadi

 

Masa saya di Madinah, dia (Shuhada) ada DM saya melalui media sosial (Instagram).”

Demikian pengakuan Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberi bimbingan dan nasihat guaman kepada bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada.

Jelas Sarah lagi, Shuhada meminta dia mendoakan agar urusan kehidupan dan rumah tangganya diberikan petunjuk ketika berada di Tanah Suci mengerjakan umrah.

“Dia DM dan ceritakan masalahnya. Shuhada meminta saya untuk mendoakannya.

“Dia juga bertanya, apa langkah yang patut diambil sebab dia memang tak tahu apa patut dilakukan,” katanya kepada Kosmo! Online usai majlis pertunjukan fesyen jenama terkemuka, Cosry di ibu negara, sebentar tadi.

Bagaimanapun ujar Sarah yang bakal muncul dengan drama rantaian terbaharu, Andai Itu Takdirnya menafikan bahawa rumah tangga Shuhada dan Hafidz berakhir disebabkan dirinya mempengaruhi wanita itu.

“Ada yang cakap saya ajar benda yang salah. Saya cuma mengajar macam mana nak menghadapi pihak ketiga.

“Apa tindakan yang perlu dibuat (dari segi undang-undang) kepada pihak ketiga. Apa yang berlaku kepada kehidupan Shuhada dan Hafidz tiada kena-mengena dengan saya.

“Saya cakap pada Shuhada, buat apa yang dia nak buat. Jangan buat kerana orang lain suruh.

“Apa yang hati dia (Shuhada) cakap pada dia. Shuhada pun cakap pada saya yang dia dah tak boleh nak tahan dan tak tahu nak buat apa.

“Saya kasihan. Saya sebagai wanita yang mengalami nasib sama faham penderitaannya. Pada saya, kalau menderita, ambil tindakanlah, bukan?

“Tapi, terpulang kepada dia sama ada nak stay (bertahan) atau tidak,” jelas ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Terdahulu, Sarah mengakui memberi bimbingan kepada Shuhada atau nama sebenarnya, Nurul Shuhada Mat Shukri apa yang perlu dilakukan sewaktu rumah tangga wanita itu dilanda badai disebabkan orang ketiga.

Puteri Sarah memaklumkan bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada meminta dia memanjatkan doa kesejahteraan rumah tangganya ketika dirinya menunaikan umrah di Tanah Suci. – AMIR KHALID

Sarah, 37, berkata menerusi TikTok, dia lega dapat membuka jalan membimbing wanita lain supaya terus kuat berdepan masalah rumah tangga.

“Ketika saya di Madinah, dia ada hubungi dan tanya macam mana dan minta saya beri tunjuk ajar. Tapi saya tak nak beritahulah.

“Dia minta bimbingan daripada saya dan minta doakan untuk dia ketika saya di Madinah dan Mekah hari itu. Memang saya tolong dia, saya bimbing dia langkah demi langkah apa nak buat.

“Laporan polis semua, pergi jabatan agama, saya yang bimbing dia,” katanya.

Media melaporkan Hafidz, 29, didakwa sudah menceraikan Nurul Shuhada dengan talak satu bersaksikan keluarga.

KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *