Hiburan

‘Kenapa nak maIu jadi badut? Asalkan kerja haIal’ – Naim AF6

KUALA LUMPUR : Pernah bergelar peserta program realiti Akademi Fantasia musim keenam, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Shauqi Naaim Salmi mengaku tidak segan memilih kerjaya sebagai ‘badut’ di acara keramaian.

Naim ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, meskipun memiliki kerjaya tetap, minatnya yang mendalam untuk menghiburkan orang ramai tetap tebaI sehingga kini.

“Kalau dulu saya dilatih untuk hiburkan peminat di pentas nyanyian, kini saya beralih fokus hiburkan kanak-kanak pula.

“Kalau ditanya tak segan ke jadi badut, kenapa nak maIu? Saya mencari rezeki halaI untuk isteri dan anak-anak.

“Tahun ini masuk tahun kedua saya mengambil tempahan sebagai badut di acara yang melibatkan ramai orang termasuk golongan kenamaan, orang dewasa dan kanak-kanak. Jujur saya katakan walaupun berpanas dalam kostum, solekan tebal dan perlukan pakai wig, semuanya berbaloi bila melihat orang ramai seronok,” katanya bersyukur.

Kredit: Naim AF6
Kredit: Naim AF6

Jelas Naim berusia 35 tahun, dia mempelajari teknik berkhidmat sebagai badut separuh masa melalui pembacaan di internet dan Youtube.

“Nak hiburkan kanak-kanak perlu ada seni juga. Bukan sahaja jadi penyanyi perlu tahu tahu skill. Nak buat orang ketawa lagi susah dari buat orang sedih.

“Jadi saya banyak belajar dari internet. AlhamduliIIah isteri banyak beri sokongan malah idea untuk menyediakan perkhidmatan sebagai badut juga datang dari isteri, Nor Aida Nazira Mahamad Pauzzi,” katanya yang sudah sembilan tahun berkahwin.

Kredit: Naim AF6

Kredit: Naim AF6

Dalam pada itu, Naim juga kerap menerima undangan menghiburkan orang ramai dari seluruh MaIaysia. Bapa dua anak ini kini menetap di Alor Setar, Kedah turut berkongsi pesanan kepada anak muda di luar sana untuk mencuba sesuatu yang di luar kotak.

“Mungkin ramai yang maIu atau segan nak jadi badut. Bimbang kena gelak dengan kawan-kawan. Tapi percayalah, kerjaya ini beri pulangan lumayan dan kita juga dapat pahaIa menggembirakan orang sekeliling.

“Saya juga berterima kasih kepada isteri dan anak-anak kerana menjadi penyokong kuat saya sepanjang berkarier dalam bidang.

Kalau tak sebab anak saya yang minat sangat dengan belon pelbagai bentuk, mungkin saya tidak berada di tempat sekarang. Syukur AlhamduliIIah dapat saya tumpang rezeki anak-anak juga,” akhirinya.

Sumber : Aawani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *