Info

Kenderaan terbabas dalam longkang, dua lelaki tercampak keluar

“Kereta itu terbabas ke dalam longkang di tepi lebuh raya. Terdapat dua orang lelaki tercampak keluar dan cedera di kepala, dada dan tangan,” katanya

IPOH: Dua lelaki tercampak keluar daripada kenderaan selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang, di tepi lebuh raya KM 265.3 PLUS arah selatan.

Difahamkan nahas itu tidak membabitkan kenderaan lain dan kedua-dua mangsa yang menaiki Proton Saga Aeroback cedera di bahagian kepala, dada serta tangan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 6.35 pagi.

“Setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya ke lokasi mendapati berlaku nahas jalan raya melibatkan sebuah kereta.

“Kereta itu terbabas ke dalam longkang di tepi lebuh raya. Terdapat dua orang lelaki tercampak keluar dan cedera di kepala, dada dan tangan,” katanya pada Ahad.

Ujarnya, anggota penyelamat bertindak membuat rawatan awal seterusnya

membawa seorang mangsa ke hospital menggunakan jentera EMRS.

Manakala seorang lagi dibawa ke hospital oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Operasi tamat pada jam 7.35 pagi.

Sumber : buletin3

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button