Info

Dulu Tayang Tumbler RM1,800 Depan kereta Porsche, Kini Remaja Tingkatan Dua Bayar Zakat Perniagaan RM10,000

KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Dua menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustamaman yang juga pengasas produk pemakanan hadir ke pejabat MAIK pada Khamis lalu.

Pembayaran zakat itu diserahkan kepada Ketua Pegawai Zakat MAIK, Ameer Azeezy Tuan Abdullah.

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya berkata, dia tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diusahakannya mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan mula dijual bermula September tahun lalu.

Difahamkan beliau mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.

“Saya mula berniaga menerusi aplikasi TikTok dan agak terkejut apabila mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan. Susulan itu saya mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi penjualan produk saya.

 

Akaun TikTok Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustamaman.

 

“Susulan sambutan yang menggalakkan, ibu, Bibi Hasnalinda Zainal Abidin, 46, dan ayah, Mustaman Che Yusof, 60, menasihati saya supaya mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Tayang tumbler RM1,800 depan kereta Porsche, pelajar Form 2 dedah dah terbiasa beli barang mewah… baru bawa keluarga pergi umrah

WALAUPUN menjual sebiji cawan atau bekas minuman pada harga agak mahal, tetapi rangkaian kopi terkenal, Starbucks masih mempunyai pengikut setia yang sentiasa membeli koleksi barangnya.

Barangan ini biasanya dijual mengikut edisi tertentu dengan corak yang menarik sekali gus membuatkan peminatnya tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk membeli.

Kisah Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamaman yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban di Pasir Mas sebelum ini tular bulan lalu apabila membawa thumbler Starbucks berharga RM1,800 ke sekolah.

Thumbler itu dikatakan edisi 2021 dan dibeli melalui pembeli peribadi yang dimuat naik di akaun TikToknya sehingga meraih 2.6 juta tontonan.

Akaun TikTok beliau yang menggunakan nama putriluthfiya mempunyai seramai 85,300 pengikut.

Malah, tahun lalu anak keenam daripada lapan beradik itu membawa ahli keluarganya ke Makkah menunaikan umrah hasil daripada jualan produknya yang mendapat sambutan.

Katanya, dia lega dapat menjadi salah seorang pembayar zakat dan berharap sumbangan itu dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Ini juga ajaran nenek sebab nenek selalu berpesan apa-apa mesti dahulukan zakat. Saya juga berharap perniagaan ini semakin maju katanya.

Bibi Hasnalinda turut menyifatkan rasa terharu dengan usaha yang ditunjukkan anaknya untuk tampil membayar zakat walaupun usianya masih muda.

Katanya, dia berharap tindakan itu akan menjadi contoh kepada usahawan dan ahli perniagaan lain untuk sama-sama membayar zakat.

“Saya sentiasa berpesan kepada anak apa yang kita lakukan jangan kita lupakan Allah,” katanya.

Sementara itu, Ameer Azeezy, berkata pihak MAIK bertuah kerana mendapat pembayar zakat termuda iaitu baru berusia 14 tahun.

“Dalam beliau bersekolah dan belajar, namun masih sempat mencari rezeki dengan cara yang betul dan tidak lupakan Allah,” katanya.

“Bawa tumbler RM2.50 ke sekolah, tidak. Bawa tumbler RM1,800 ke sekolah, ya,” tulisnya pada video tersebut, menunjukkan dirinya sedang berdiri di depan kereta Porsche dan minum air dari tumbler tersebut

Di ruangan kapsyen, dia menulis: “Mula-mula air rasa sedap bila minum dengan tumbler ni. Akhirnya baru rasa menyesal pula beli mahal-mahal, satu botol sahaja. Macam kena beli lagi je.”

Piya tak sangka akan dikecam netizen gara-gara tumbler mahal.

Tindakan remaja berusia 14 tahun itu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga ada yang membocorkan harga sebenar gelas itu di bahagian komen.

“RM450 sahaja harga tumbler ni masa saya beli.

“RM450 sahaja! Jangan nak gula-gulakan (tipu) akak yang suka dengan Starbucks ni adik.

“Bukan harga RM400 sahaja ke? Ke saya beli waktu Starbucks buat jualan murah?” demikian antara komen netizen.

Difahamkan bekas minuman yang menjadi perbualan hangat itu adalah edisi keluaran tahun 2021 yang didatangkan dengan corak permata merah.

Menjawab kepada tohmahan netizen, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamam atau lebih mesra disapa Piya, berkata, gelas Starbucks yang dibeli daripada seorang pembeli peribadi (personal shopper) sememangnya berharga RM1,800.

Bergelar pelajar dan pengasas produk kesihatan, remaja ini berkata dia tidak kisah berbelanja barangan mahal kerana wang yang digunakan adalah hasil titik peluhnya sendiri.

“Tumbler tu memang harga RM1,800 sebab edisi 2021, tapi Piya baru beli tahun 2023 dengan seorang personal shopper. Masa tu hanya ada lima buah sahaja tumbler sama yang dijual di Starbucks.

“Piya beli sebab minat dan rasa nak sangat dengan tumbler tu, jadi beli sajalah walaupun pembeli peribadi tu naikkan harga sampai RM1,800. Selain yang warna merah ni, Piya ada juga tumbler edisi lain, macam tahun 2022 warna ungu dan dibeli pada harga RM500.

“Lagipun guna duit sendiri hasil perniagaan, tak pernah minta duit daripada mummy atau papa untuk beli,” katanya ketika dihubungi mStar.

Ibu bapa tidak pernah menghalang Piya untuk beli barangan mewah.

Mengulas lanjut mengenai video tular itu, Piya memberitahu bahawa ibu bapanya mengetahui tentang perkara itu dan tidak pernah menghalangnya untuk membeli barangan mahal kerana ia sudah jadi satu kebiasaan buat dirinya.

Malah, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan, ini turut meluahkan rasa bangga apabila menggunakan wang hasil perniagaannya untuk membawa keluarga ke Makkah bagi menunaikan umrah bersama.

“Piya ada bagitahu parents, tapi mummy dan papa okay sahaja sebab dah biasa beli barang-barang mahal. Ini bukan kali pertama beli barang dengan harga macam tu.

“Dah lama Piya teringin nak pergi Makkah dan Alhamdulillah selepas ambil alih bisnes mummy tak sangka pula pada umur 14 tahun dah boleh bawa keluarga tunai umrah sama-sama.

“Balik dari Makkah, Alhamdulillah perniagaan semakin baik. Masa tu jugalah ternampak pembeli peribadi dalam TikTok promosikan gelas tu. Tanpa fikir panjang, saya mesej dia tanya harga dan terus beli sebab ada pendapatan sendiri,” ujarnya lagi.

Piya bangga dapat bawa keluarga tunai umrah bersama-sama

Video yang dimuat naik di TikTok tersebut meraih hampir 2 juta tontonan dan mendapat kecaman hebat daripada netizen pada ruangan komen.

Piya berkata tindakan netizen yang mencari salahnya tidak memberi impak selain membantu mengembangkan lagi perniagaannya.

“Terkejut juga sebab buat tu hanya suka-suka sahaja. Selalunya muat naik posting berniaga sahaja. Waktu itu tak ada bahan yang nak kaitkan dengan perniagaan, jadi muat naik video tumbler tu.

“Saya tak rasa apa-apa pun sebab memang betul harga RM1,800. Harga yang netizen beli tu tahun 2021 iaitu RM400. Piya beli ni dah tahun 2023 dan waktu itu pun cuma tinggal lima unit sahaja di Starbucks.

“Piya tak bermaksud nak riyak pun sebab hanya untuk konten sahaja. Tak sangka ramai netizen anggap benda itu serius. Saya nak ucap terima kasih kepada yang kecam sebab tanpa mereka, video Piya pun tak mungkin akan viral,” ujarnya lagi.

Kredit:mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *