Lakonan Ummi Nazeera dalam drama ‘Rindu Kasih’ raih pujian. Ummi dedah watak yang paling berat sampai ramai komen

Drama Melayu yang sekali lagi menjadi pilihan bertajuk Rindu Kasih lakonan hebat Ummi Nazeera, Izzue Islam dan Fazlina Ahmad Daud.
Dalam drama Rindu Kasih, Ummi membawakan watak Salina, seorang wanita dan isteri yang ter4niaya. Tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu sejak kecil, Salina berharap sedikit kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami.
Namun, Salina sering menerima fitn4h dan t0hmahan bertubi-tubi daripada ibu mentua yang memb3ncinya.
Pelbagai k0nflik dan mesej diketengahkan oleh pengarah Mohd Fazli Yahya dalam drama yang kini sedang hangat ditayangkan menerusi TV3.
Seperti biasa, lakonan Ummi turut meraih pujian kerana berjaya menghidupkan watak Salina dengan cemerlang.
Watak Ini Paling Berat
Lakonan Ummi Nazeera tidak perlu dipertikaikan lagi, malah rata-rata berpendapat Ummi merupakan antara aktres berbakat besar yang ada dalam industri seni tempatan.
Terbaharu, lakonan Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 32, menerusi drama Rindu Kasih mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi dalam babak perga.duhannya dengan ibu mentua lakonan Fazlina Datuk Ahmad Daud.
Berkongsikan video babak tersebut di laman Instagram miliknya, Ummi mengakui adegan itu antara yang paling s.ukar pernah dibawakannya sepanjang bergelar anak seni.
VIDEO
Watak ini sebenarnya memang sangat berat sebab pend.eritaan dia bertalu-talu. Ada juga yang Ummi baca komen tengah melalui apa yang Ina rasa.
“Semoga Allah permudahkan urusan semua dan buka pintu hati ibu mentua all of you,” tulis Ummi di ruangan kapsyen.
Menjenguk ke ruangan komen, ramai netizen serta rakan artis mengagumi bakat yang dianugerahkan kepada Ummi yang disifatkan pelakon serba boleh.
Antara Reaksi Orang Ramai
Multipleemotions in one shot. You set the bar high,” komen pelakon dan penyanyi Alif Satar.
“You’re sogood!” coret pelakon Catriona Ross Bahrin.
“Superb acting,” titip pelakon Dynas Mokhtar.
“Tahniah Ummi, saya bangga dengan awak for Salina. S4kit saya menulis skrip ini terbayar dengan persembahan Ummi, Alhamdulillah,” komen penulis skrip drama tersebut, Noradlie.
Sementara itu, suami Ummi, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani turut berbangga dengan aksi cemerlang isterinya malah percaya Ummi berpo.tensi meraih trofi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun hadapan.
“Kalau ini tak menang anugerah pelakon wanita terbaik tahun depan, korang cakaplah kat saya. Saya sendiri yang akan buat award tu kasi kat dia,” tulis Dr Izzar menerusi kapsyen video di laman TikTok miliknya.
Dalam pada itu Pelakon, Amyza Aznan mendedahkan drama lakonannya yang berjudul Rindu Kasih sememangnya memberi impak terhadap dirinya meskipun sebagai seorang pemeran watak.
Menurut Amyza, dia sendiri tidak dapat membayang perasaan para b4nduan sebenar yang terpksa mengharungi dugaan berat ini di dunia nyata.
Klik link dibawah untuk video
“Ya Allah. Saya sendiri berlakon, saya sendiri mer4ung tengok drama ni. Saya tak dapat bayangkan bagaimana b4nduan-b4nduan yang melalui fasa ini di dalam realiti. Aku tak tahan,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Amyza menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya ini turut menyeru kepada semua pihak untuk berhenti memberikan persepsi buruk terhadap para b4nduan yang cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Nota kaki, tiada siapa dilahirkan ingin menjadi b4nduan. Kita hanya manusia lemah yang diuji oleh Allah SWT kerana sayang dan kasih pada hambanya. Jangan pandang hlna. Jangan menghukum ujian mereka,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti kagum selain turut memuji kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh Amyza di dalam drama ini.
“Kakak berlakon memang neutral. Menjadi sungguh. Hebat kak.
“Kak Amyza, saya menangis tengok drama ini. Meraung sorang-sorang. Menghayati setiap skrip dan jalan cerita.
“Setiap kali tengok cerita ini, saya menangis sungguh kak.
“Biasa dia berlakon kita gelak-gelak, sekali dia berlakon cerita macam ni. Kita pun ikut berderai.
“Artis yang betul-betul berbakat dan versatil. Melawak boleh dan menghayati pelbagai watak pun boleh,” antara komen netizen di Instagram.
Sumber: Kosmo | MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih