Uncategorized

Zarina Zainuddin Sokong Poligami “Dia Membuat Satu Keluarga Yang Besar, Lagi Besar Keturunan Dia”

 

Boleh dikatakan isu poligami sejak kebelakangan ini menjadi ‘panas’ di platform media sosial, lagi-lagi selepas kes influencer dikenali sebagai Abang Tesla umum nikahi seorang lagi wanita, baru-baru ini.

Pelakon, Zarina Zainuddin turut tampil memberi pandangannya sebagai seorang yang menjalani kehidupan bermadu.

Zarina Zainuddin berkongsi pendapat mengenai kehidupan berpoligami.

Dia memberitahu tidak ada masalah jika seorang suami itu mampu dan mahukan keluarga yang besar.

Foto: IG

“Bagi saya, kalau orang berkemampuan apa salahnya dia nak menanggung keluarga lain, keluarga baru untuk dia membantu orang lain juga. Bagi saya, berkongsi rezeki juga.

“Dia membuat satu keluarga yang besar, lagi besar keturunan dia. Bagi yang mampu tak ada salahnya tapi biar dengan cara yang betul. Kalau kita nak kata suami kita tu 100 peratus adil, memang takkan ada,” katanya menerusi perkongsian di TikTok @keluarga.my

Sebagai individu yang menjalani kehidupan bermadu, isteri hendaklah reda dan tidak merumitkan keadaan seorang suami.

“Isteri kena reda, kena tahu tempat dia, kena tahu dia seorang isteri yang bermadu dan kena pandai isi masa dia untuk tidak fikir sangat tentang suami. Jangan memberatkan suami, perasaan suami, sakit kepada suami nak fikir pasal isteri-isteri.

“Bagi saya, tugas suami tanggung nafkah zahir dan batin, cukup lah kita dah ada suami yang jaga kita elok-elok. Yang penting kita ada suami untuk tempat mengadu,” jelasnya.

Patutnya dia bersyukur, bukan bersikap yang macam tamak.. aku punya seorang, itu suami saya, tak boleh pegang hati manusia sebab dalam pada sayang kita, lelaki lain, perempuan lain.

Bahkan, dia juga berpendapat agar wanita beri saja keizinan kepada suami untuk kahwini wanita lain daripada dia melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya dibelakang isteri.

Sementara itu, Zarina berpendapat lebih baik memberi keizinan kepada suami untuk berkahwin lain daripada dia melakukan perkara tidak baik di belakang seorang isteri.

Untuk rekod, Zarina mendirikan dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil). -CARI

Sumber: XTRA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *