Uncategorized

Lelaki Ini Order Air Minuman Carrot Susu Tapi Restoren Ini Bagi Carrot Susu Yang Terlebih Istimewa

Carrot susu menjadi minuman kesukaan ramai semenjak dahulu lagi. Rasa lemak manis dari susu sesuai digandingkan bersama carrot yang telah dikisar untuk dijadikan minuman.

Kerana sangat terkenal, minuman itu boleh didapati di mana-mana kedai makan dan restoran. Namun tak semua orang menyediakannya dengan cara yang sama.

Ada juga yang menambah ‘sesuatu’ untuk menyedapkannya seperti yang telah dilakukan oleh kedai makan yang dikunjungi lelaki ini.

Terbaharu, seorang lelaki syukriazman27 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi kisah lucu yang terjadi di sana ketika makan bersama kawan-kawannya.

Mengunjungi kedai makan tersebut untuk makan sambil lepak bersama, mereka telah memesan makanan dan minuman untuk dinikmati. Salah seorang dari mereka telah memesan segelas carrot susu.

Pesan Carrot Susu

Bagaimanapun bila minuman tersebut tiba, mereka terkejut apabila melihat minuman tersebut. Lain dari yang lain, ia dihiasi dengan lobak merah yang telah disagat atas minuman tersebut.

Terkedu melihat begitu banyak lobak merah menghiasi minumannya, kawannya yang telah memesan minuman itu hanya mampu cuba menghabiskan rimbunan lobak merah itu mungkin kerana tidak mahu membazir.

Menjengah di ruangan komen, rupa minuman tersebut turut membuat orang ramai terkejut. Tak pernah melihat minuman carrot susu sebegini, tak terkejut jika kawannya juga sehingga terkedu dengan rupa minuman itu.

“Muka kawan pasrah je.”, gelak inajazlina.

Manakala gurau Firdaus00; “Dia sebenar nak cheesekan carrot tu tapi terlupalah tu!”.

Pesan Carrot Susu

Walaupun rupa minuman carrot susu tersebut lain dari yang lain, lelaki itu dan kawan-kawannya akui ia sangat sedap untuk diminum, puas hati.

Pesan Carrot Susu

Sumber: Daily Makan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *