InfoSemasa

Lpas Jmpa Rmaja Hlang, Ibu Tmpil Cerlta AdaSsuatu Yng Makclk Ini NmpakTapi Yang LalnTak

Gua Musang – Remaja lelaki yang hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, di sini, malam kelmarin ditemui dalam keadaan kepenatan serta kebingungan di atas sebuah jambatan, petang ini.

M.angsa berusia 13 tahun itu ditemui penduduk pada 5.30 petang pada jarak dua kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, remaja itu berjalan dalam kepenatan serta kelihatan kebingungan ketika ditemui penduduk yang kebetulan melalui kawasan kampung itu.

“Penduduk yang menemuinya segera membawa remaja itu pulang ke rumah keluarganya. Melihat keadaannya yang membimbangkan, kami akan membawa m.angsa ke H.ospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, keluarga remaja itu bersyukur kerana anak mereka ditemui dalam keadaan selamat selepas lebih 24 jam dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ibu Cerita Siapa Yang Jumpa

Ibu remaja berkenaan, Khairul Nisa Hamzah, 45, berkata, anak bongsunya itu ditemui oleh seorang wanita dikenali sebagai Kak Yah berusia 50 an yang kebetulan ke lokasi keja.dian untuk meninjau keadaan tersebut selepas ia tular di laman sosial.

“Kata Kak Yah, semasa dalam perjalanan ke sini dia bersama rombongan lain melalui jalan tersebut dan melihat seorang remaja lelaki sedang berjalan dalam keadaan lemah serta k.otor sambil memegang selipar.

“Kak Yah memberhentikan keretanya dan membawa Muhammad Iznun Al-Azim untuk diserahkan kepada saya,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurutnya, mengikut cerita orang lain yang turut bersama Kak Yah pada waktu itu, mereka tidak nampak kelibat Muhammad Iznun Al-Azim seperti yang dilihat oleh Kak Yah.

Katanya, malah mereka juga mend.akwa tidak dapat melihat Muhammad Iznun Al-Azim ketika Kak Yah berhenti mengambilnya. Dia berkata, orang ramai hanya dapat melihat anaknya itu apabila selamat tiba di rumahnya.

Terdahulu, remaja lelaki itu dipercayai hilang selepas membuang air kecil di kawasan semak pada 10 malam kelmarin.

M.angsa dikatakan sedang bermain bersama rakannya di gelanggang sepak takraw yang terletak berhampiran rumahnya sebelum masuk ke kawasan semak untuk membuang air kecil.

Bagaimanapun, m.angsa tidak keluar semula menyebabkan rakannya menyangka remaja itu sudah pulang ke rumah.

Sumber : onlinemalaya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button