Keluarga

lstri keja OiI & Gas, gajinya memang lumayan skali. Tp bila dia balik, aku rasa akulah suami yg x guna skali

Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Hi assalamualaikum semua. First sekali aku nak ucap berbanyak-banyak terima kasih pada admin kalau sudi siarkan tulisan aku ini.

Coretan ini adalah hasil luahan sahabat baik aku yang aku namakan sebagai Rel, suami kepada wanita dan ibu bekerjaya yang bekerja di laut, lebih tepat di pelantar minyak.

Untuk pengetahuan, Rel pada mulanya tidak ada masalah langsung untuk isteri kesayangannya bekerja mencapai cita-cita di laut. Lebih-lebih lagi mereka kini dikurniakan anak kecil yang berada di dalam jagaan Rel, dan ibu mertuanya.

Rel sangat menyokong impian isterinya walaupun banyak yang perlu dikorbankan demi mencari rezeki. Dipendekkan luahannya, Rel sering menceritakan yang dia sentiasa akan berasa down setiap kali isterinya membuat apa-apa posting di media sosial,

Lebih-lebih lagi apabila isterinya pulang bercuti di darat. Memang tidak dinafikan bekerja di pelantar minyak menjanjikan pendapatan yang lumayan. Rel bekerja biasa sahaja, cukup untuk family kecil mereka.

Selalu bila isteri beliau pulang je mesti dia akan up macam2 posting buat Rel makan hati bila bc. Namun seperti yang diluahkan, kadang-kadang posting isteri beliau yang berbunyi begini,

– Anakku, maafkan mommy berjauhan mencari rezeki untuk keluarga kita.

– Anakku, bila mommy balik nanti kita bercuti sama-sama ye.

Dan setiap kali bercuti, isteri Rel akan bawa ke tempat yang mewah, dan setiap inci percutian akan dikongsikan di sosial media.

Dari segi caption, memang menampakkan yang isteri Rel yang mengeluarkan segala perbelanjaan.

Dan ini membuatkan Rel down, kerana perkongsian isterinya seolah-olah memberitahu satu dunia bahawa segala perbelanjaan dan urusan mencari rezeki adalah tanggungjawab isterinya.

Sedangkan dia adalah ketua keluarga. Dan perkongsian isterinya sedikit sebanyak membuatkan Rel rasa kerdil sebagai seorang suami, apatah lagi di mata rakan-rakan mereka.

Nasihat aku kepada semua isteri, walau besar mana pun gaji kalian, walau tinggi mana pangkat kalian, sentiasalah tunduk ke bumi. Dan jangan mencanang kelemahan si suami dalam sedar atau tidak.

Tidak perlulah ucapkan kata-kata yang menunjukkan lelah nya mencari rezeki, dan mengeluarkan semua perbelanjaan percutian semata-mata untuk mendapat pujian.

Cukuplah menjadi manusia yang rendah diri, tidak perlu dicanang kehebatan diri mencari rezeki dan seolah-olah suami tiada guna di sisi. Be humble, respect your husband. Semakin berilmu, semakin menunduk. Untuk Rel, semoga Allah beri kekuatan untukmu. – Sufi (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Busorra:
Dia isteri yang baik. Bekerja terkurung di pelantar minyak berbulan-bulan, hidup di kelilingi lelaki dan ada pendapatan besar tetapi masih ingat anak suami.

Hebat wanita ini. Tak perlu ajar dia cara untuk menunduk ke bumi jika anda sendiri tidak tahu pahit maung yang dia terpaksa telan untuk membina kekuatan diri. Malah berapa juta kali dia telah menangis pun mungkin anda tidak pasti.

Kalau rasa diri tercabar, maka bangkit. Bina kehebatan diri. Sajikan emas permata untuk anak isteri. Suruh isteri jadi bidadari di rumah dan di hati.

Itu lebih baik daripada bercerita sana sini seolah-olah diri telah dibuli. Hakikatnya tanpa keringat isteri anda yang gigit jari. (Dan lagi satu jangan sibuk dalam hal family orang lain.

Nak Kellen:
Pelik lelaki zaman skrg, kemain nak isteri gaji besar boleh tumpang pastu jadi kuasa veto isteri tak boleh suarakan apa2. Takkan tak tahu sebelum kahwin isteri kerja apa. Kalau nak isteri bekerjaya bijak pandai gaji banyak kena expect lah isteri tu jenis outspoken. Kalau rasa nak isteri tunduk tak cakap banyak cari yg tak belajar tinggi and takde kerjaya.

Junaidah: Si Rel luahkan masalah pada Sufi. Bahaya ni, kena plk klu Sufi tu perempuan. Nanti melencong ke lain plk. Bini dah lah nun jauh di tengah laut. Rel mesti sunyi tiada yg melayan kehendaknya. Klu iyapun rasa rendah diri, pergilah cari kerja lain atau tambah lagi skill & upgrade diri sendiri. Ini mcm nak upgrade bukak cawangan baru je… red alert!

Ayunni:
Rel. Kalau pendidikan kau tak seberapa, tapi nk income mcm offshore,boleh je Rel. Pm akak Rel. Sufi sufiah. Kau boleh pm akak sekali. Jgn segan. Sebenarnya kau jeles ngn isteri rel eh? Jgn. Rezeki Allah ni luas lagi. Dari kau buat confessions mengundang ni, mari la nak. Mari la pm akak

Noraza:
Citer ni bukan Kes terpencil. Dah byk kali Sy jumpa Kes mcm ni, x di nafikan jumlah graduan ppuan melebihi 60% skrg ni. Maka jumlah isteri berpendapatan lebih tinggi dr suami makin ketara dan jurang beza pendapatan makin besar.

Berbalik pada isu pengadu – ingat balik tujuan asal perkahwinan. Klu ada isu atau terasa di sakiti, bwk la berbincang. Suami awak dah nyatakan dia rasa rendah diri. Sbg isteri – sanggop x kita allow suami rasa mcm tu.

Perkahwinan mcm teamwork jugak – role boleh bertukar, dan ini memerlukan pengorbanan.

Disbbkan si isteri golongan bijak pandai. Priority kan isu hati awak mcm buat issue log/risk log kat office. Pakai jugak konsep Root Cause Analysis. Bezanya kita apply pada isu rumahtangga… Inshaa Allah ada jln keluar.

Llaki yg baik semakin pupus, suami awak x menzalimi dr segi fizikal, hanya ujian pendapatan lebih ni sebenarnya ujian pada si isteri. Sepandai mana si isteri menimbang tara isu di pejabat gunapakai skill tu kat rumah. Girl !! Can do this, you can overcome this.

Oneday awak akan rasa bersyukur sbb ujian ini dtg nak menguji mental awak – jatidiri awak. Bila awak overcome isu ini (manage hati awak). Jgn lupa celebrate ok.

Sumber : menujukebenaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button