Semasa

Mahu berbaik dan Tarik balik dkwaan? Reaksi individu ini buat Uqasha Sensore b0ngkar pernah saklt sebab dia

Pelakon Uqasha Senrose enggan melatah dengan tuduhan kononnya dia seorang pembuli sebaliknya menggunakan saluran perundangan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, berkata, dia sudah menyerahkan isu itu kepada peguam dan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap ciapan yang dibuat oleh seorang wanita di Twltter.

Jelasnya, tindakan itu diambil disebabkan wanita terbabit secara jelas telah menjatuhkan maruahnya dengan tuduhan tidak berasas. “Peguam dan polis sudah siasat semua twit-twit dia, kita tunggu dah lihat. Saya malas nak layan tapi ini maruah saya, fitnah yang teruk.

“Banyak twit dia dah padam, bagi bukti nanti ya,” katanya. Uqasha berkongsi mengenai perkara itu menerusi ciapan di Twltter miliknya.

Sejak beberapa hari lalu, nama Uqasha menjadi bualan hangat netizen apabila seorang wanita yang mendakwa rakan sekolah aktres itu menuduhnya sebagai seorang pembuli ketika zaman persekolahannya.

Malah individu tersebut juga mendakwa pernah menjadi mangsa buli Uqasha.

Dalam pada itu, wanita berkenaan menerusi ciapan di Twltter pula memberitahu mahu menamatkan isu yang dibangkitkan selain bersedia bersemuka dengan Uqasha.

Dakwanya, Uqasha sudah berubah dan mahu aktres itu membuktikan bahawa dia bukan lagi orang sama seperti dahulu.

“Saya sedia untuk menyelesaikan perkara dengan Uqasha dan menamatkan isu ini. Saya percaya dia telah mengubah caranya sejak itu.

“Tunjukkan kepada saya bahawa anda bukan orang yang sama pernah menyebabkan saya terlalu sakit,” ujarnya.

Uqasha dalam ciapan berbeza bagaimanapun berasa pelik dengan kenyataan terbaharu wanita tersebut yang secara tiba-tiba mahu berbaik.

“Eh tiba nak berbaik tapi masih cakap saya pembuli,” katanya. Pada 12 Mac lalu, suami Uqasha iaitu Kamal Adli diserang seorang lelaki menggunakan cota ketika terlibat dalam acara Hari Raya Mega Sale 2023 sehingga aktor itu mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, wajah dan badan.

Uqasha pula berada dalam keadaan trauma apabila melihat sendiri Kamal diserang lelaki berkenaan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *