Hiburan

Majlis Serba Mewah, Baru Je Fatin Afeefa Selamat Nikahi Jutawan. Sekali Ini Reaksi Bekas Suami

Pelakon, Adam Shahz berkongsi rasa gembira atas berita perkahwinan bekas isterinya, Fatin Afeefa yang disahkan bernikah malam semalam.

Adam ketika dihubungi turut mengingatkan Fatin supaya tidak lupa akan tarikh perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak yang akan berlangsung pada 26 Januari ini.

“Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja.

“Dah kahwin, dah lepas, cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Adam yang kini berada di Thailand berkata, ini adalah perbicaraan kali pertama mereka bagi menuntut hak penjagaan anak, Ivy Herra Sophia, 7.

“Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu.

“Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apa pun, saya bergantung kepada keputusan mahkamah.

“Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan, jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak.

“Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekali pun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak,” katanya.

Menurutnya, dia hanya menuntut haknya sebagai bapa.

“Saya tak ada apa-apa isu. Tapi, bila pihak sana mengutarakan isu yang bukan-bukan, isu yang tak ada, diadakan, saya sebagai bapa berhak untuk menjaga maruah saya dan keluarga,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan berita pernikahan Fatin dengan lelaki pilihan hati dikenali Aliff Awang yang diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor, malam tadi.

Sebelum ini, Fatin berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia manakala daripada perkahwinan sebelum ini Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian,10.

Gila bayang? Saya tak cemburu pun dia nak kahwin – Adam Shahz

Terdahulu Pelakon, Adam Shahz, 41, menafikan dia cemburu apabila bekas isterinya, pelakon, Fatin Afeefa dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, tidak lama lagi.

Menurut Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani, dia tidak lagi ambil peduli kehidupan peribadi bekas isterinya selepas mereka berpisah kerana masing-masing sudah membawa haluan sendiri.

“Bila masa pula saya gila bayang? Saya langsung tidak kisah memandangkan masih mampu bekerja untuk mencari rezeki. Dia ada mesej cara baik, baru-baru ini untuk minta sijil cerai. Saya permudahkan urusan dia.

“Selama ini, ada saja yang tidak kena antara kami. Bahagian mana yang saya cemburu? Itu kehidupan masing-masing, lagipun kami sudah lima tahun bercerai.

“Sekarang ini, saya hanya fikirkan mengenai anak, tidak perlu perkara seperti ini dijadikan isu. Itu rezeki masing-masing. Jika Allah takdirkan dia hidup senang, itu rezeki bekas isteri,” katanya.

Pelakon siri drama Juvana itu berkata, dia juga tidak ada masalah untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas isterinya itu sekiranya dijemput.

“Sebelum ini, saya pernah cakap, tiada apa-apa isu. Jika dia mahu kahwin, kahwinlah. Demi Allah! Orang ramai kata saya ‘meroyan’ sebab dia mahu mendirikan rumah tangga.

“Kalau dia jemput, saya datang. Apapun yang terjadi, dia tetap emak kepada anak saya. Saya senang saja, jangan merumitkan,” katanya.

Adam bagaimanapun mendakwa, sejak kemelut antara mereka berlaku, dia sukar bertemu anaknya, Ivy Herra Sophia.

Justeru, dia membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah, namun enggan mendedahkan butiran mengenai perkara itu.

Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013, tetapi berpisah pada 30 Mei 2017.

Fatin Afeefa, semalam mengumumkan nekad membuat keputusan meninggalkan industri hiburan kerana enggan terus berhadapan tohmahan yang boleh menjejaskan emosi anak-anaknya.

Sumber: HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button