Uncategorized

“Malunya, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni” Baru Je Syamsul Yusof minta dua isteri bertenang, sekali ini reaksi Puteri Sarah…

KEMELUT rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan suami iaitu pengarah Syamsul Yusof nampaknya belum berakhir kerana masing-masing dilihat saling membalas kenyataan di media sosial.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia cuba untuk tidak memberikan reaksi terhadap perkara yang sudah berlaku, namun terpaksa bersuara kerana ingin menyatakan rasa kecewa bagi pihak keluarga.

“Orang jahil akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu. Saya cuba untuk tidak memberikan reaksi kerana semuanya sudah berlaku.

Kenyataan yang dibuat oleh Puteri Sarah di Instastory.

“Tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa saya berasa kecewa dan malu bagi pihak anak-anak serta keluarga,” katanya.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa.

Perkongsian Sarah itu dipercayai merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Syamsul Yusof sebelum ini.

Terdahulu, Syamsul menerusi Instagram meminta dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar bertenang dan banyakkan bersabar berdepan ujian hubungan mereka.

Pengarah filem Mat Kilau itu turut memuat naik foto perkahwinannya bersama kedua-dua isteri.

Sementara itu, Sarah memohon agar Syamsul tidak lagi menyakitkan hati anak-anak dan berfikir dahulu sebelum membuat sebarang hantaran di media sosial.

Ini kerana Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan terdedah dengan penggunaan telefon pintar.

“Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan saya tidak boleh sorok mereka daripada telefon pintar.

“Jangan sesekali menyakiti hati dan perasaan anak-anak. Berfikirlah sebelum membuat sebarang hantaran.

“Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni,” katanya.
Sarah mohon Syamsul memikirkan soal perasaan anak-anak.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Ira Kazar.

Ibu pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menjadi perhatian warga maya terhadap setiap komen ditulis berhubung isu perkahwinan kali kedua anaknya dan Ira Kazar.

Sejak berita perkahwinan Syamsul, 39, dan Ira di Thailand hangat diperkatakan, Patimah didapati meninggalkan beberapa komen dalam media sosial terutama membabitkan hantaran dibuat menantunya, Puteri Sarah Liyana.

“Masya-Allah gigih cari rezeki, walau hati retak seribu, semoga kebahagiaan milikmu,” tulisnya dalam satu perkongsian video promosi produk dibuat Puteri Sarah di Instagram (IG).

“Semoga Allah gantikan ‘ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya,” tulisnya pada perkongsian foto dua cucunya, Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 4, ketika bercuti di Tokyo, Jepun, yang dimuat naik di IG Puteri Sarah.

Terbaharu, dikongsi oleh Syamsul di IG, pemandangan pantai berserta sotong bakar

Podehhh uii

Becuti di panatai

Jumaat lalu, Syamsul menerusi video yang dimuat naik di IG, mengesahkan dia sudah berkahwin kali kedua dengan Ira di Thailand pada hari itu.

Majlis akad nikah pasangan yang didakwa sudah menjalin cinta secara ‘sembunyi’ selama empat tahun itu diwalikan pelakon veteran, Kazar Saisi.

kredit:mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button