“Marah kt nurul nk rampas khuzairi tp anak sendiri jd perampas…”-Netizan
Sekian lama diasak dengan spekulasi kononnya sudah bernikah buat kali kedua, Syamsul menamatkan segala teka-teki apabila mengesahkan sudah menjadi suami kepada anak pelakon, Kazar Saisi itu pada majlis pernikahan yang diadakan di Thailand.
“Alhamdulillah, saya telah bernikah secara sah dengan Ira, berwalikan bapanya di Thailand.
“Pernikahan kami telah didaftarkan dan ia dilakukan di sini untuk memudahkan beberapa perkara.
“Pada penghujungnya, saya kena letakkan noktah tentang hal rumah tangga yang tidak sepatutnya saya kongsikan di media sosial,” katanya.
Dalam pada itu, salah satu babak dalam Drama 7 Hari Mencintaiku kembali tular apa bila nasihat dari Pak Samad mengenai suami kahwin lain di kongsi oleh netizan
Antara Babak Lakonan Kazar Sebagai Pak Samad Yang Pernah Berpesan
Kata2 deep Pak Samad pic.twitter.com/KIN3aaqOWM
— Iron Made (@shamsulanuarab1) January 6, 2023
Reaksi netizan
“Marah kt nurul nk rampas khuzairi tp anak sendiri jd perampas…”
Terdahulu, kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana memuncak selepas pelakon itu mendedahkan mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Enggan membiarkan perkara itu berlarutan, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira, Jun lalu.
Syamsul dan Ira, sebelum ini mengambil pendekatan mengunci mulut tentang hubungan mereka dan sering mengelak apabila ditanya mengenai perkara itu.
Dalam perkongsian sama, Syamsul turut memohon Puteri Sarah supaya menghentikan tindakannya membuka cerita rumah tangga mereka kepada umum dan segera kembali ke pangkuannya untuk meleraikan konflik yang tercetus.
“Puteri Sarah masih isteri saya. Saya harap dia pulang ke rumah, bawa anak-anak untuk selesaikan isu rumah tangga kami. Saya masih suaminya.
“Saya mahu ketenangan dan ambil jalan berbincang. Sampai bila kita mahu mengaibkan satu sama lain? Sudah-sudahlah,” jelasnya.
‘Kalau boleh berdamailah, bukan masalah besar sangat’ – Kazar
“Tak tahu lah, tak nak komen apa sebab masih dalam proses mahkamah. Lagipun, ini bukan hal saya. Ini kerja Allah kita tak boleh kata apa, semua pun kena tanya Dia,” kata pelakon Kazar Saisi, 63, berhubung kemelut ‘orang ketiga’ membabitkan anaknya, Ira Kazar dalam pergolakan rumah tangga pelakon, Puteri Sarah.
Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 63, berkata, tidak wajar juga untuk dia mengeluarkan komen walaupun bapa kepada Ira kerana kes berkenaan sudah dibawa kepada tindakan undang-undang.
“Saya berharap, kalau boleh berdamailah. Bukan masalah besar sangat. Damai sajalah. Saya juga nasihat pada netizen jangan terlalu kasar sangat. Komen yang baik-baik, ini semua kerja Tuhan.
“Ira pula, kami satu keluarga menyokong dan sentiasa berada disisinya,” katanya yang hadir pada majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu lalu.
Terdahulu, Kazar yang popular dengan drama 7 Hari Mencintaiku di TV3 dicalon dalam kategori Anugerah Pelakon Komedi Televisyen Terbaik, namun tewas kepada pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie.
Sebelum ini, pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami juga pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof sejak empat tahun lalu.
Difahamkan, Puteri Sarah juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan iaitu Ira agar berhenti meluahkan atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.
Pada akhir Julai lalu juga, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul.
Justeru, Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
KREDIT: HMETRO
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih