Semasa

“Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil tau..”Terkejut terima surat rumah arwah ibu bakal disita, ini pesanan Ali Puteh pada balu arwah Abam

Kecoh sejak beberapa kebelakangan ini apabila konflik keluarga Ali Puteh dan Hidayah sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai. Mendakwa pihak Hidayah menabur garam pada rumah Arwah Abam manakala Ali Puteh berdepan bayaran saman f.itnah RM 60,000 antara yang membuatkan isu ini menjadi lebih panas.

Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya membayar kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata menga.bkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Ali Puteh Terkejut Dapat Surat

Menerusi satu temubual melodi, Ali Puteh terkejut apabila mendapat satu surat mahkamah untuk sitaan rumah arwah mak beliau.

“Itu masalah antara saya dengan balu Abam, kenapa perlu kaitkan dengan rumah arwah mak saya?, demikian kata pelawak Ali Puteh.

Difahamkan, Ali telah mendapat surat perintah daripada m.ahkamah bahawa rumah arwah ibunya bakal disita kerana melanggar perintah mahkamah berhubung kegagalannya membayar saman berjumlah RM 60,000 yang difailkan oleh Norhidayah kerana fitnah yang dilemparkan Ali sebelum ini.

“Saya pun baru dapat tahu benda ini dan surat pun baru sampai. Banyak yang tanya RM 60,000 itu dah bayar ke belum. Memang bayaran belum dibuat dan pasal kes ini pendapatan kerja saya dah tak macam dulu. Kerja show dah tak ada, susah.

VIDEO

“Bukannya saya nak menolak untuk membayar RM 60,000 itu, saya akan cuba membayarnya juga. Cuma saya tak boleh lah nak bayar sekali gus sebab saya pun ada tanggungan, dengan kerjaya saya yang tak ada langsung. Mungkin kita akan membayar secara ansuran.

“Saya pun terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada pakcik saya kata rumah arwah mak saya di Batu 10, Gombak ini, mahkamah keluarkan perintah untuk menyita.

“Jadi saya pun peliklah. Ini harta arwah mak saya, kenapa pula dijadikan sebagai cagaran ataupun sita. Yang menjadi kes RM 60,000 ini adalah antara saya dengan balu arwah abang saya

“Kenapa kaitkan dengan harta arwah mak saya dan dicampur adukkan di dalam kes saya dengan balu arwah abang saya.

“Rumah arwah mak saya ini adalah di atas nama arwah mak saya, arwah bapa tiri saya. Bukannya di atas nama saya. Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil tau.

Dengan sitaan mahkamah, surat bercop mahkamah benda ini tidak sepatutnya terjadi. Nak balas dendam kononnya ini hukum karma. Tak, sebenarnya bukan.

“Saya dah tekankan, ini kes berlainan. Kes saya dengan balu arwah abang ini lain, dan kes faraid ini pun lain. Tak sama kes itu. Saya diam bukan sebab saya takut, tidak. Sebab kita tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi.

“Cukuplah orang maki h.amun saya, bertahun dah, dah tiga tahun orang maki hamun saya sebab keluar dari mahkamah dah kalah, cakap apa pun takkan dianggap betul. Percayalah cakap saya,” katanya.

 

Sumber: TR | TV3

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *