Info

Mengidam naik Ferrari, netizen puji sikap rendah diri Madammu. Rupanya ini sebabnya mereka puji

MENGIDAM adalah perkara biasa bagi wanita yang sedang mengandung sehinggakan ada di antara mereka yang teringin makanan atau benda yang sukar didapati.

Berlainan dengan usahawan kosmetik dan pempengaruh media sosial, Eriyca Baiduri Abdul Rashid yang sedang hamil empat bulan mengidam untuk menaiki kereta mewah jenis Ferrari.

Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu, 32, berkata, dia sudah lama tidak menaiki kenderaan jenis itu dan mahu mengambil foto dari bahagian tepi tingkap.

Kandungan Madammu kini mencecah usia empat bulan.

“Dah lama tak naik (Ferrari). Ala kita cubalah. Perlahan-lahan… baby mengidam nak naik.

“Nanti nak ambil gambar tepi tingkap,” katanya.

Madammu berkongsi perkra itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Menerusi kapsyen video berkenaan, Madammu memberitahu bayi dalam kandungannya yang mengidam hendak menaiki Ferrari dan terpaksa meminta suami, Muhammad Azri Che Noh, 44, menyewa kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, menerusi ruang komen, rata-rata mendakwa kenderaan mewah tersebut adalah memang milik suaminya dan bukan di sewa.

Mengidam nak naik Ferarri tapi katanya kereta sewa. Rendah diri betul Madammu ni

“Bukan ke Madammu dah ada Ferrari merah TP (panggilan Azri) punya.

“Memang TP ada kereta ini. Selalu tengok video Madammu ada dengan Ferrari ini. Humble sangat Madammu cakap kereta sewa,” tulis netizen.

Madammu terkenal sebagai usahawan yang merendah diri.

Untuk rekod, Madammu kini sedang hamil empat bulan hasil daripada proses in vitro fertilization (IVF) yang dilakukan pada April lalu.

Madam mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015 yang juga seorang duda beranak tiga iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button