Hiburan

Mereka Minta Individu Ini Tolong Ambilkan Gambar, Sekali Rupanya Tukang Ambil Gambar Itu Bukan Calang² Orangnya

Perkongsian TikTok isteri kepada pelakon, Remy Ishak iaitu Ezza Rose semasa percutian mereka ke Tasik Cermin, Ipoh, baru-baru ini mencuri tumpuan netizen.

Menerusi video tersebut, Ezza merakam momen satu pasangan yang meminta pertolongan Remy untuk mengambil gambar mereka berdua dengan berlatarbelakangkan pemandangan Tasik Cermin.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila pasangan tersebut tidak mengetahui bahawasanya aktor berumur 40 tahun itu yang membantu merakam kenangan mereka.

Ada pasangan yang minta tolong ambilkan gambar. Seperti biasa, suami saya gigih untuk dapatkan gambar cantik.

Harap suka gambar yang diambil

Bukan itu saja, Ezza juga berharap agar pasangan tersebut berpuas hati dengan hasil kesungguhan suaminya menangkap gambar-gambar tersebut.

Di bahagian komen, ramai yang menyifatkan pasangan itu sangat bertuah kerana foto mereka diambil oleh selebriti terkenal.

Untungnya Remy yang jadi tukang ambil gambar. Siap effort lagi minta bergaya depan kamera.

Dalam pada itu, pasangan tersebut turut ‘hadir’ di bahagian komen dengan mengakui tidak menyangka rupa-rupanya jurugambar itu adalah Remy Ishak.

Komen netizen

Sumber: Ezza Rose via OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button