Nama pelakon senior, Kazar Saisi baru-baru ini sering disebut-disebut seleaps anaknya Ira Kazar berkahwin dengan pengarah, Syamsul Yusof sebagai isteri kedua selepas Puteri Sarah Liyana.
Sejak itu juga, apa sahaja yang dilakukan Ira dan Kazar pasti dapat perhatian netizen kerana rata-ratanya menantikan mereka mengeluarkna kenyataan berkenaan apa yang berlaku.
Bagaimanapun, sejak masalah ini timbul, mereka jarang mengeluarkan apa-apa kenyataan. Terbaru, Kazar Saisi yang sering memuat naik gambar dan video nasihat di Instagram berkongsi pula tentang ‘karma’ yang dihadapi sebuah kereta.
Instant karma! Mungkin kita sedang hadapi kifarah…
Di akhir penulisannya, Kazar turut berkongsi sedikit peringatan dan mengajak semua pengikut untuk muhasabah diri.
Mungkin juga kita sekarang sedang dikifarah, mudah-mudahan kita semua dikurniakan keredhaan yang ikhlas.
“Penat kena buli” – Guna Latar Hitam, Status Kazar Saisi Tarik Perhatian Ramai
PETALING JAYA – “Rehat sekejap, penat kena buli.”
Demikian perkongsian pelakon Kazar Saisi, juga bapa kepada isteri kedua Syamsul Yusof, Ira Kazar.
Dipercayai hantaran dalam Instagramnya merujuk kepada situasi membabitkan pernikahan anaknya dengan pengarah kontroversi itu yang masih hangat diperkatakan.
Hingga kini, pelakon dan penyanyi senior berusia 63 tahun itu belum pernah lagi membuka mulut berhubung perkahwinan anaknya walaupun telah dihubungi media.
Sebagai ayah yang menjadi wali dalam pernikahan yang berlangsung di Thailand itu, namanya secara tidak langsung turut terheret dalam kontroversi berkenaan.
L
Malah menerusi perkongsian sama, aktor berpengalaman hampir empat dekad dalam industri seni itu memaklumkan hanya akan bersuara apabila tiba masa yang tepat.
“Jumpa anda pada hari yang baik nanti,” katanya lagi yang meletakkan latar hitam dalam hantaran tersebut.
Menerusi perkongsian lain, Kazar memuat naik video ceramah tokoh agama terkenal, Mufti Menk yang bercakap mengenai cabaran dalam kehidupan.
Tulisnya dalam ruangan kapsyen, perkongsian tersebut adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri, bukan ditujukan untuk orang lain.
Terdahulu, menantunya yang mendedahkan sudah menikahi Ira menerusi video dalam Instagram menyatakan Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi menjadi wali pernikahan mereka.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, mengesahkan bergelar suami kepada Ira atau Faghirah Kazaruddin di Thailand pada Jumaat minggu lalu.
Pendedahan terbuka seperti dijanjikan pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berterusan mengundang polemik hingga berita tersebut turut tular ke Indonesia
Biodata Kazar Saisi, Bapa Ira Kazar Yang Dikaitkan Dengan Isu Kahwin Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana
Siapa Kazar Saisi? Kazaruddin Saisi atau lebih dikenali sebagai Kazar merupakan seorang selebriti Malaysia yang pernah meledak dengan single hit berjudul Memburu Impian yang menjadi lagu tema dalam filem Gila-Gila Remaja.
Selain menyanyi, anak jati Kampung Jeram, Perak ini turut mencipta nama sebagai seorang pelakon.
Biodata
Nama penuh: Kazaruddin bin Saisi
Nama komersial: Kazar, Kazar Saisi
Umur: 64 tahun (2023)
Tarikh lahir: 28 April 1959
Tempat lahir / Asal: Kampung Jeram, Perak
Keluarga: Lapan orang adik beradik
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi
Instagram (IG): @kazar35
Latar Belakang
1. Anak kepada pasangan Arwah Saisi (bapa), bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bidor dan Arwah Halimah Hj Mohd Hassan (ibu).
2. Adik beradik Kazar terdiri daripada, Sabariah, Sabaruddin (arwah), Salihuddin, Azammuddin, Norhayati, Nordin dan Kamarulzaman.
3. Muncul dalam beberapa siri televisyen, telefilem dan filem. Antara drama dan telefilem popular yang dilakonkannya ialah Chempiang, Tentang Bulan the Series, Abang Bomba I Love You, Adam Chempaka, Kampong Pisang Bersiri-siri, 7 Hari Mencintaiku 3, Sutun, Momok 3 dan Rock Sangkut, selain turut berlakon di skrin besar dalam filem 9 September, Jangan Tegur, 18 Puasa
Di Kampong Pisang, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Abang Long Fadil 3 dan banyak lagi.
4. Menghasilkan album studio berjudul Ani pada 1984 dan Kerana Urusan (1985). Antara lagunya yang menjadi siulan orang ramai ialah yang berjudul Kali Pertama Kasih Ku Bersemi, Memburu Impian, Tiap Waktu Terluang, Tidak Kesampaian, Bunga Kasih dan Tunangku Kekasih Orang.
Fakta Menarik
1. Namanya diperkenalkan kepada peminat dunia hiburan tanah air pada tahun 1984.
2. Profil kejayaan yang diraihnya termasuklah pernah dianugerahkan gelaran Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV pada Anugerah Lawak Warna 2014 dan Anugerah Sri Angkasa 2016.
3. Pengikutnya melebihi 511,000 di media sosial, Instagram (IG).
4. Beliau berkahwin dengan pasangannya, Rashidah Latiff dan dikurniakan lima orang anak — Melor Hariante, Yasmin Mariante, Elya Amirul Naim, Faghirah Fatini Kazaruddin (Ira Kazar) dan Adam Amirul Latiff.
Kredit: Instagram, omm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: