Uncategorized

Ina Naim Buka Cerita Kenapa Tidak Miliki Mesin Basuh – “Arwh Suami Beri Pada Jiran Sebab Mereka Punya Rosak”

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ryhan Musa baru-baru ini ada berkunjung ke kediaman Ina Naim untuk menziarah isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad itu.

Dalam perkongsian individu itu, Ina Naim ada bercerita mengenai kisah di sebalik isu tidak memiliki mesin basuh sepanjang hidup berkeluarga.

Ujar Ina, rumah mereka tidak mempunyai mesin basuh bukan kerana tidak mampu sebaliknya memberikan alatan rumah itu kepada mereka yang memerlukan.

 

 

Rumah Ina sebenarnya bukan tak ada mesin basuh, ada, tapi Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat. Ina tegur kenapa dan jiran jawab mesin basuh mereka rosak.

Ina masuk dan bersembang dengan suami dan bercerita mengenai hal itu. Lalu arwah suruh Ina berikan mesin basuh kepunyaan kami kepada jiran tersebut.

 

 

Pendedahan Allahyarham itu kemudian mengundang kec4man warga maya pada ketika itu yang mendakwa arwah seperti mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

Terdahulu, pernah tular di media sosial mengenai kisah hidup Suhaimi Saad dan keluarganya yang dikatakan tidak mempunyai peralatan rumah seperti mesin basuh.

Allahyarham Suhaimi Saad dilaporkan meninggal dunia pada 15 November lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Pemergian Suhaimi Saad telah meninggalkan Ina Naim bersama empat orang anak mereka.

Sumber: Beautifulnara

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *