Uncategorized

“Boleh bagi award influencer paling ‘kencing’ dkt M’sia” – Aisar Khaled kantoi banyak kali tipu, konon nak bagi ‘hadiah’?

Perkongsian seorang individu di Facebook semalam mencuri perhatian warganet termasuklah di platform Twitter selepas dia membongkarkan modus operandi digunakan oleh kebanyakan TikTokers.

Menerusi hantaran itu, individu terbabit mengambil contoh TikToker muda yang juga merupakan seorang trader dikenali ramai, Aisar Khaled.

Katanya, Aisar mempunyai satu modus operandi ‘memancing’ pengikutnya yang kebanyakannya golongan anak muda dan Melayu, mengatakan dia mahu memberikan hadiah istimewa seperti motor, kereta atau wang tunai.

Tambahnya, ramai sudah tertipu dengan video dengan content yang dimuat naik oleh Aisar sebelum ini dan pemuda itu juga dikatakan sering menipu pengikutnya.

Bagi yang tidak faham, ini contoh taktik digunakan ramai TikToker.

Bagaimanapun, individu itu berkata hantaran asal dimuat naik olehnya telah dipadam oleh pihak Facebook dan mendakwa ia adalah angkara staf Aisar Khaled yang membuat laporan.

Namun, dia tidak berputus asa dan tetap memuat naik hantaran baru dan mengajak orang ramai untuk membuat laporan ‘fraud/scam’ ke atas video Aisar di TikTok.

Aisar Khaled ni aku boleh award kan dia influencer paling kencing dalam Malaysia. Dah banyak kali kantoi buat content bagi duit tapi menipu.

 

Kredit:meledak.co

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *