Uncategorized

“Bila Nak ‘Post’ Bini Kedua..” – Alif Teega Tak Berani Kongsi Tentang Isteri Kedua, Netizen Masih Tertunggu

Personaliti media sosial yang namanya sedang sensasi sekarang, Alif Teega telah memuat naik sebuah video pendek yang memamparkan dirinya sedang beriadah bersama isteri pertamanya Aisyah Hijianah serta anak-anaknya.

Dalam video berkenaan, terlihat mereka seperti keluarga yang bahagia meskipun ramai tahu tentang pergolakan rumah tangga mereka baru-baru ini. Disebabkan itu, ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan kecaman netizen.

Isteri kedua mana bang? Tak berani post ke.

Bawalah Fatin, bukan nak sangat ke bermadu, bawalah dia, kesian dia, dia pun berhak bahagia, dia pun dalam keluarga ni.

Bila nak post isteri kedua ? Macam tak adil je.

 

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, disebalik komen kecaman yang ditinggalkan oleh warganet, ramai juga yang tertanya-tanya tentang keberadaan isteri kedua Alif yang bernama Fatin itu.

Ramai menganggap bahawa bapa kepada dua anak ini enggan atau mungkin takut untuk mendedahkan pasangan keduanya itu di media sosial. Pada masa yang sama, ada juga segelintir yang meminta agar netizen berhenti membidas Alif ini kerana perkahwinan keduanya itu sudah pun berlalu.

Sumber: meledak.com

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *