Hiburan

“Saya Masih Struggle Untuk Berubah…” – Tampil Minta Maaf, Zarina Anjoulie Mahu ‘Heal’ Dengan Tenang

Pelakon Zarina Anjoulie tampil meminta maaf kepada semua di atas ketidaksempurnaan dirinya.

Kata Zarina atau mesra dengan panggilan Anju itu berkata dia masih mencuba untuk berubah menjadi baik dan berharap ada yang boleh menerima diri seadanya dan ikhlas.

“Anju minta maaf pada semua pihak ya. Saya minta maaf saya tak cukup sempurna…

Saya masih struggle untuk berubah perlahan lahan…satu hari ada yang boleh terima saya seadanya dengan ikhlas,” katanya.

Anju berkongsi luahan hatinya di satu hantarannya menerusi InstaStory di akaun Instagram miliknya.

Sejak kelmarin kecoh apabila dia dan tunangnya Datuk Seri Khazrul Elzey did4kwa sudah pun putus tunang.

Semuanya gara-gara Anju ada memuat naik status di Instagram miliknya dengan menyatakan dia sedang ‘broken’ tetapi masih bertahan.

Tambah Anju lagi buat masa ini, dia mahu diberikan ruang untuk mengubati lvkanya dengan tenang.

“Let me heal in peace ya… I love you guys so much

Sementara itu menjengah di kemas kini IG dan TikTok miliknya dilihat seperti dia telah memadam semua gambar dan video yang memaparkan dia dan kekasihnya.

Terdahulu, pasangan ini pernah berkongsi saat-saat mereka di butik pengantin dengan memaparkan Anju sedang diukur badannya oleh seorang pereka fesyen untuk tempahan baju pengantin di sebuah butik

Malah pasangan ini juga difahamkan susha mengikag tali pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Komen netizen:

Doa Mama jumpa orang lebih baik..” Akhirnya Tunang Anju dedah sesuatu status hubungan bersama!

tindakan Anju memadamkan segala posting dengan DS Khazrul Elzey semalam telah mencetuskan dakwaan bahawa hubungan mereka sedang dilanda ujian. Papa tak sebaik yang Mama impikan…Kita berdua masih ada kekurangan.

Walaupun belum ada kenyataan rasmi mengenai status terkini perhubungan mereka, Story TikTok lelaki tersebut seakan memberikan bayangan jawapan. Mengakui masing-masing masih banyak kekurangan, DS Khazrul Elzey mendoakan semoga Anju akan dipertemukan lelaki yang jauh lebih baik di masa akan datang.

Datuk Seri cubalah pujuk & jangan give up dengan Anju…Serius sedih. Belum sebulan bertunang tiba-tiba jadi begitu, netizen yang setia mengikuti kisah cinta pasangan secocok ini juga tumpang sedih. Namun mereka mendoakan semoga keadaan dapat diperbaiki.

Tambah pula masing-masing sudah bertemu pihak keluarga, hanya satu fasa saja lagi perlu ditempuhi sebelum bergelar suami isteri. Tidak ketinggalan, ada yang berpendapat mungkin mereka sedang menghadapi dugaan bertunang.

Terdahulu,

Broken tapi masih bertahan – Zarina Anjoulie padam gambar tunang?.

Baru sahaja berkongsi momen bahagia dengan kekasih hati, pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat memuat naik gambar terbaru dengan kapsyen seperti patah hati di ruangan Instagramnya.

Dia juga dilihat menutup ruangan komen di beberapa posting yang dibuat melibatkan tunangnya, Datuk Seri Elzey.

Selain itu, Anju juga dilihat telah menukar kasyen posting sebelum ini yang mengatakan tunangnya mahu dia menurunkan berat badan dahulu sebelum mereka mendirikan rumah tangga kelak.

 

Menjengah ke TikTok, tunangnya Datuk Seri Elzey juga dilihat sudah memadam akaun media sosialnya. Dia yang sebelum ini menggunakan nama @abot_anjoulie telah ‘lesap’ dan video-video kebersamaan mereka juga sudah tiada.

Dalam pada itu, Anju turut memuat naik gambar terbarunya dengan kapsyen berbahasa Inggeris menyatakan dirinya cuba menghindari dari sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Walau bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang khabar dari mereka dan masing-masing sememangnya jarang berkongsi momen kebersamaan sejak bertunang tempoh hari.

Sumber Obulan.

Sumber : gempak.com

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *