Uncategorized

Pelakon ‘Rock Oo!’ Kamarul Yusoff ‘rosakkan’ gambar konvo anak, tapi lain pula reaksi netizen!

GELAGAT pelakon veteran Kamarool Yusoff ketika meraikan kejayaan anak perempuannya iaitu Nur Najihah Kamarozaman yang menamatkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Jumaat lalu mencuri perhatian warganet.

Mana tidaknya, aksi Kamarool ketika mengambil gambar bersama anaknya itu mencuit hati apabila dia membuat gaya watak Cik Man dalam filem Rock Oo! yang mencuit hati.

Menerusi perkongsian gambar tersebut, Kamarool, 64, memakai baju batik berwarna merah sambil membuat pose ikoniknya iaitu meletakkan tangan ke arah bibir yang dimuncungkan ketika menghadiri Majlis Konvokesyen USM di Pulau Pinang.

Netizen yang tercuit hati dengan foto tersebut memberitahu pelakon yang pernah popular menerusi filem Gila-Gila Remaja berkenaan memang masih tidak move on dengan gaya tersebut sehingga gambar bersama keluarga turut menjadi ‘mangsa’.

Najihah berkongsi berita gembira ini di akaun Instagram miliknya

“Ayah memang tak boleh move on dengan gaya macam itu ya, walaupun gambar konvokesyen bersama keluarga.

“Gaya ayah akak paling mantap dalam majlis semalam dengan gaya bergambar watak Cik Man,” komen netizen.

Dalam pada itu, Najihah, 24, menerusi kapsyen gambar tersebut memberitahu selain menerima ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan, dia juga berjaya menamatkan latihan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS).

“Selepas empat tahun, akhirnya berjaya juga sarungkan jubah konvo ungu ini. Alhamdulillah dua sijil dalam masa belajar iaitu Tauliah SUKSIS dan ijazah sarjana muda,” tulisnya.

Netizen doakan semoga Najihah terus berjaya

Sementara itu, pengikutnya turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya malah ada yang sempat mengusik watak Cik Man dalam filem Rock Oo!

“Tahniah anak Cik Man. Semoga terus berjaya dan banggakan ibu ayah.

“Walaupun Cik Man dah tipu Rimba Bara tapi Cik Man berjaya didik anak sampai ke tahap ini. Tahniah,” komen netizen.

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button